Mendapat panggilan Tanah Suci ketika dunia masih berdepan pandemik pastinya menjadi kenangan terindah buat Dato’ Sri Alha Alfa. Tak lekang ucapan syukur, diberi kesempatan mengerjakan umrah setelah beberapa tahun lamanya.
Usai misi bantuan banjir diselesaikan, lelaki dermawan yang giat berbakti melalui Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) ini bergegas membuat persiapan ke Mekah.
Februari lepas, beliau selamat menjejakkan kaki ke Madinah dan menunaikan umrah di Mekah.
“Ya Allah, berilah peluang kepada semua Muslimin dan Muslimat yang membaca ini kesempatan utk menjejakkan kaki ke Madinah secepatnya dan kemudian berpeluang menyentuh Kaabah…” Dato’ Sri Alha
Seronok melihat perkongsian foto-foto beliau di sana. Bertuahnya dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci!
Sebagai pengasas Alha Alfa Cosmetics, nama lelaki berusia 34 tahun ini bukan saja popular di kalangan peminat solekan Malaysia, malah tersohor sebagai mekap artis selebriti yang berjaya.
Dengan sifatnya yang mesra dan rajin berkongsi ilmu, personaliti Dato’ Sri Alha atau nama penuhnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil ini sangat menyenangkan banyak pihak.
Enggan terus berada dalam zon selesa, kini Dato’ Sri Alha melangkah secara rasmi ke dalam bidang akademik. Lelaki bijak itu tekad mahu menurunkan ilmu dan membangun generasi yang berbakat dalam dunia solekan.
Tidak lama selepas pulang dari menunaikan umrah, Dato’ Sri Alha membawa khabar gembira. Dengan kerjasama Universiti MAHSA dan Alha Alfa Cosmetics, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditanda tangani dalam usaha memperkasa kemajuan industri kecantikan tanah air menerusi bidang pendidikan.
Daripada usahawan kini bakal bergelar tenaga pengajar. Kerjasama ini bakal menyaksikan paduan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk.
Tentu student student seronok kalau dapat berguru dengan Dato’ Sri Alha!
“Kewujudan program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan sangat membantu para jurusolek Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Ini juga secara tidak langsung akan menaikkan karier jurusolek sebagai sebuah karier yang profesional dan mempunyai prestij yang tersendiri.” Dato’ Sri Alha
Tidak cukup dengan itu, pihak Universiti MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha sebagai Profesor Adjung bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan yang bakal bermula pada April 2022.
Bertuahnya, murah rezeki beliau menerima pengiktirafan tinggi sebegini!
This website uses cookies.