Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keseronokan Fizo Omar apabila terpilih mewakili Malaysia bersama team jenama penjagaan kulit lelaki terbaharu, Kahf ke Piala Dunia Qatar 2022. Lebih manis apabila trip pendek itu turut diakhiri dengan ibadah umrah, sekaligus mengubati kerinduan beliau setelah sekian lama tidak ke sana.
Berlepas ke Qatar kira-kira seminggu lalu, Fizo Omar banyak berkongsi catatan perjalanan beliau dengan peminat. Meskipun terpaksa meninggalkan isteri dan dua anak perempuannya, Wan Maryam (4 tahun) dan Wan Khaleeda (6 bulan) buat sementara, namun Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar tetap sentiasa berhubung menggunakan kemudahan video call.
Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Qatar juga merakam kenangan termanis buat Fizo Omar dan personaliti yang juga usahawan terkenal Indonesia, Ricky Harun.
“Padang Pasir bertukar menjadi negara paling kaya dalam dunia. Pertama kali Abe Joe sampai di Qatar ni, my first impression to Qatar is a big WOW!
Semua yang dia buat dia pastikan the best in the world, contohnya Qatar airlines, the hospitality 1st impression kita masuk ke negara dia pun dah the best in the world. Tiba di airport Hamad international Airport, pun the best airport in the world.
And banyak lagi award and recognition ‘World No. 1‘ yang ada di Qatar ni. Padahal Qatar ni adalah sebuah negara kecil je yang rakyatnya hanyalah berjumlah 300 ribu orang sahaja dan selebihnya adalah foreigner yang datang bekerja kat sini.
Ye betul, Qatar ni kaya sumber minyak dan sebagainya, bukan soal sumbernya tapi soal mentalitinya yang sentiasa mahukan yang terbaik. Do your level best, otherwise tak payah buat. Mcm tu la lebih kurang sikap mereka.
Nak jadi tuan rumah #qatarworldcup2022 bukan benda senang dan murah. Berpuluh tahun punya planning and preparation. Qatar adalah negara Arab yang pertama dalam sejarah menjadi tuan rumah untuk World Cup ni.
Yang hebatnya, dia tetap firm dengan hukum agama Islam, contohnya fans yang datang dari serata dunia dengan pelbagai agama, kene hormati agama Islam, tidak boleh berpakaian seksi dan meminum arak di merata tempat.
Qatar menggunakan platform World Cup ni untuk tunjuk kepada dunia tentang nilai yang ada pada agama Islam dan orang Muslim.” Fizo Omar
Antara perlawanan yang sempat ditonton adalah ketika Portugal menentang Switzerland. Sebagai peminat sukan bola sepak dan pernah bermain secara profesional untuk pasukan Perlis, TNB serta DBKL, pengalaman menyaksikan perlawanan Piala Dunia pastinya menjadi pengalaman terindah buat Fizo.
“Happening tengok game World Cup depan mata ni. Tak sia-sia Abe Joe turun stadium dapat tengok 7 gol. Tahniah Portugal sumbat 6 gol, Switzerland 1 gol.
Thank you team Kahf kerana bawak Abe Joe untuk experience tengok live World Cup di Qatar bersama @kahfbrotherhood. Satu pengalaman yang takkan dilupakan dan yang paling best Abe Joe dapat tengok my favorite team, Portugal.” Fizo Omar
Wow, memang teruja betul tengok aksi dan gelagat Fizo Omar ketika menonton di Stadium Lusail ni… Kita pun ikut senyum juga!
Namun hal termanis dalam trip Fizo ini adalah kesempatan menjalankan ibadah umrah.
“Alhamdulillah our #worldkahf journey #qatarworldcup2022 end up in Mecca for Umrah. It’s a meaningful short trip. Dapatlah melepas rindu melihat Kaabah setelah beberapa tahun takde rezeki untuk ke Mekah ni.
Kahf adalah product men’s halal grooming by Muslim yang sangat popular di Indonesia dan memilih Abe Joe dari Malaysia untuk bersama dalam trip #worldkahf ni. Syukur Alhamdulillah.
The whole trip mereka ni sangat menjaga waktu solat dan akan mencari cara menunaikan solat ketika bermusafir. Nilai islamik bukan sahaja di dalam produk mereka tapi dari segi aturan gaya hidup orang-orangnya termasuk pihak pengurusan.” Fizo Omar
Usai melaksanakan umrah, sempat juga Fizo Omar cuci mata di Souq Al-Waqif sebelum bertolak dari Mekah ke Qatar, seterusnya mengambil penerbangan pulang ke Jakarta dan akhir sekali ke Malaysia.
Memang lama tapi akhirnya dapat melihat wajah isteri tersayang, Fazeera Nazri seakan menghilangkan segala kepenatan. Apa pun didoakan semoga Fizo Omar mendapat umrah yang mabrur!