Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Begitu juga perkahwinan Ain Edruce dan suami tercinta, Amirul Hafiz Mustaffa. Saat mereka teruja menerima khabar kehamilan anak kedua, pasangan ini diuji dengan berita keguguran. Meskipun sedih namun mereka reda dengan ketentuan takdir.
22 April lalu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce terbuka berkongsi perjalanan sejak mengetahui dirinya sedang berbadan dua sebelum alami keguguran. Jelas terserlah wajah gembira dia dan suami serta ahli keluarga yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’.
Ternyata, kisah keguguran Ain sewaktu awal Syawal lalu memberi kenangan paling tak dapat dilupakan buatnya.
“Simpan sini buat kenangan. Takda rezeki Soraya nak ada adik lagi,” titipnya.
View this post on Instagram
Enggan terus berlanjutan sedih dengan ‘kehilangan’ itu, Ain dan suami serta anak mereka iaitu Soraya meluangkan masa bercuti di Pulau Maldives baru-baru ini.
Seronok tengok percutian keluarga ini yang sentiasa ceria dan saling menghargai di antara satu sama lain.
Berkongsi momen percutian tersebut, Ain sekeluarga dilaporkan menginap di Kuda Villingili Maldives. Memang cantik pemandangan di sana. Selain dapat beriadah dengan suami dan anak, dapat tenangkan fikiran juga.
Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut terkesima dengan panorama indah di pulau peranginan berkenaan.
Lebih terhibur melihat reaksi dan telatah anak comel Ain iaitu Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Mengamati gelagat Soraya, anak kecil ini tidak ubah mengikut jejak langkah ibu tersayang yang sentiasa ceria dan happy go lucky!
Ain Edruce dan Amirul Hafiz sah bergelar suami isteri pada 13 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata comel diberi nama Soraya.
Semoga rumah tangga Ain dan Amirul sentiasa diberkati sampai ke syurga. Juga doa mereka untuk menambah ahli keluarga dipermudah dan dimakbulkan.