Wow, dengan jumlah followers di Instagram mencecah 1.4 juta orang dan hampir 400 ribu subscribers di laman Youtube… tidak hairanlah Asyalliee Ahmad mampu menggondol salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019 dalam kategori ASEAN Top Social Media Influencers baru-baru ini. Disifatkan bukan calang-calang anugerah, kejayaan Asyalliee selaku Instafamous dan usahawan ini nyata memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan suami Asyalliee, Eboy Arbaain di Instagram miliknya dua hari lepas. Sambil memuat naik gambar trofi kemenangan dan sijil penghargaan di samping isteri tercinta, Eboy turut menitipkan rasa syukur dengan pengiktirafan berkenaan.
“Tahniah sayang, Asyalliee. Ingat lagi mula-mula kenal saya terkejut beruk followers awak time tu 214k. Saya time tu 300 orang je. Tapi tak apa. 214k suka juga dekat 300 ni. Biar la ada yang cakap awak ni beli followers / beli like. Janji benda tu tak betul. Saya kenal awak. Awak bukan seorang yang jenis nak beli benda-benda yang tak betul.
Contoh beli followers / like / award. Macam awak selalu cakap “Saya nak tahu betul-betul berapa orang yang betul-betul nak follow ig saya. Kalau saya beli, maksudnya ada orang yang saya PAKSA dia follow saya. Buat apa macam tu.” Dan dengan followers yang banyak ni juga la awak dapat banyak dugaan (orang yang rapat dengan Asya untuk nak gunakan ig asya untuk kepentingan mereka). Tapi sekarang alhamdulillah semuanya dah berubah kerana followers awak.”
Melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, Asyalliee yang suatu ketika dulu terkenal dengan gelaran Syasya Solero kini menikmati kehidupan bermakna di samping dua cahaya mata. Baru sahaja melahirkan anak kedua mereka pada Mac lalu, bayi perempuan comel Asya dan Eboy diberi nama Siti Helena Adrianna. Sementara anak lelaki sulung mereka pula bernama Haider Mikhael.
Dalam usia yang masih muda iaitu 22 tahun, Asyalliee cukup bertuah kerana sudah memiliki segala-galanya. Suami penyayang, anak-anak yang comel, populariti, wajah cantik, rumah besar, kereta mewah dan perniagaan yang semakin maju… pendek kata, apa yang dimiliki Asya hari ini menjadi impian setiap orang.
Pun begitu, kejayaan tidak datang bergolek. Sebelum menempa nama dalam industri, Asya sebelum ini pernah berdepan dengan pelbagai liku hidup. Berbekalkan jiwa yang kental, ibu muda ini bangkit mengejar impian dan kini mempunyai empayar niaga sendiri serta bergelar pengasas produk kosmetik, Loveliee.
Mengulas mengenai pengiktirafan ASEAN Top Social Media Influencers yang diterimanya, wanita cantik ini berkata, “I started using instagram for my own personal sharing back in 2013. I would have never imagined myself back in 2013 to receive this prestigious award. I’ve been through rainbows and rainstorms throughout my days as myself. The hardships has grown me to a better version of me while the good times has created beautiful memories of my journey.
But without YOU GUYS, your love & support towards me, I wouldn’t have received this award. This award is not just for me, it’s for US! Cheers to new phase in life. I LOVE YOU!!!”
Moga pengiktirafan yang diterima Asya ini mampu memberi pemangkin semangat buatnya untuk terus berjaya. Sekaligus menyuntik inspirasi buat kaum wanita. Syabas dan tahniah kerana memartabatkan kredibiliti seorang wanita, isteri dan ibu ke peringkat membanggakan!
Kredit: Instagram Asyalliee & Eboy Arbaain