Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Ads
Namun, Asyraf 32, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
Yakin Murah Rezeki Jika Berumahtangga Meski Di Usia Muda!
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Ads
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Ads
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Anak umpama nyawa bagi seorang ibu, manakala ibu pula syurga bagi seorang anak. Dalam erti kata lain, kekuatan jiwa seorang wanita yang bergelar ibu ada pada anak-anaknya.
“Saya yakin Allah dah susun cantik perjalanan hidup saya ketika ini. Saya tak mahu lagi anak-anak lihat saya sebagai seorang yang pemarah. Saya mahu anak-anak hidup dalam persekitaran yang positif.”
Itu antara kata-kata yang dikongsi oleh dramatis jelita, Puteri Sarah kepada Majalah Nona ketika ditemu bual.
Selepas isu rumah tangga kembali menjadi bualan hangat, Puteri Sarah memilih untuk ‘menenangkan diri’ buat seketika dengan melakukan percutian ke luar negara bersama dua orang anaknya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang berusia 37 tahun ini memuat naik beberapa video serta gambar menunjukkan keberadaannya bersama anak-anak di lapangan terbang.
Kelihatan Puteri Sarah membawa dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, bercuti di Tokyo, Jepun yang mengalami musim sejuk ketika ini dan dijangka pulang pada bulan depan.
“Selamat tinggal Malaysia. Jumpa tahun depan,” tulis Puteri Sarah dalam sebuah video pendek Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap Puteri Sarah menikmati percutian tersebut dengan penuh gembira dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT setelah melalui pelbagai episod duka dalam rumahtangga.
“Perempuan akan kuat bila berduit. Tak hairan dah. You go Kak Sarah. Selamat bercuti.”
“Wajie bangga dengan Puteri Sarah. You are a role model for all mothers in this world. No matter what happens in our life… put your children’s happiness first. Enjoy Sarah.”
“Imagine they would grow up and flashback this time where their mom fight against problems tapi selalu bawa dorang bercuti, tanpa kita sedar sedikit sebanyak good for Sarah healthy parenting sebab dah banyak tahun yang boleh potentially affect emotional dia jadi lost. I would say I could never handle this wild.”
Di Instastory, Puteri Sarah turut menitipkan ucapan terima kasihnya buat sahabat serta rakan-rakan artis termasuk ibu mentuanya Datin Fatimah Ismail yang memberi kata-kata semangat serta idea agar dirinya terus kuat menghadapi ujian rumahtangga.
Semoga Puteri Sarah terus kuat bersama anak-anak seterusnya menemui kebahagiaan yang sebenar.
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar usahawan berjaya, kaya serta ternama di Malaysia sedikit pun tidak merubah pendirian jejak berusia 31 tahun ini yang merupakan pengasas Charismatic Leaders Academy (CLA). Said Saiful Fazli turut bertindak selaku motivator dan penasihat perniagaan. Mesra disapa sebagai Said, anak kelahiran Pahang ini memiliki aura tersendiri sebagai seorang pemimpin berkaliber.
“Saya tidak berminat untuk makan gaji kerana tidak suka terikat. Saya memilih untuk berniaga dengan harapan dapat menguruskan masa sendiri secara fleksibel. Apatah lagi saya anak tunggal sudah tentu banyak tanggungjawab terhadap ibu bapa. Mulanya niat hanya untuk cuba-cuba dan ambil pengalaman dalam jualan langsung namun tidak sangka pula ia menjadi serius sehinggalah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Veterinar di Kuantan,” kongsi Said.
Said mempunyai beberapa mentor yang sentiasa memberikannya motivasi antaranya Azlan Deraman, Siti Rohana Yusuf, Tuan Jerry Rizal dan Azizan Osman. Mereka sentiasa menjadi kompas buat Said untuk mendaki kejayaan.
“Walaupun sudah memiliki apa yang diimpikan selama ini namun saya masih memerlukan mentor-mentor saya itu sebagai penasihat dan menjadi kompas untuk melangkah lebih jauh. Dalam hidup kita perlukan bimbingan dan panduan. Jangan pernah merasa diri kita sudah terlalu hebat setelah memiliki segalanya. Itu hanyalah pinjaman sementara kita di dunia,” jelas Said.
PERNAH JATUH
Lapan tahun menceburkan diri dalam perniagaan Said juga tidak terlepas daripada episod ‘kejatuhan’ berpunca daripada cara pemasaran terdahulu yang tidak tepat.
“Masa ni buat saya rasa down sangat. Saya terpaksa korek semula duit untuk langsaikan duit kereta, rumah, bil-bil dan sebagainya. Semasa fasa itu saya cuma ada dua ribu ringgit. Masa itu tiada seorang pun tahu masalah saya termasuklah mak ayah. Luaran tetap nampak hebat tapi Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa masa itu. Saya terpaksa positif dan sama sekali tidak akan tunjuk kesusahan yang dialami.
Saya banyak laburkan wang keuntungan dengan menghadiri seminar-seminar. Saya akan ingat kejatuhan itu sebagai titik mula terciptanya CLA. Kegagalan mengajar sesuatu yang lebih baik. Selepas enam bulan buat CLA jualan korset terus mencecah ke angka 1 juta.
Enam bulan pertama terpaksa buat semuanya. Ke sana ke sini mencari pembeli dan rakan niaga sedangkan orang sudah hilang kepercayaan. Saya kembalikan kepercayaan mereka dengan mencipta CLA dengan kerja keras. Akhirnya saya berjaya memperoleh pendapatan sebanyak enam angka sebulan. Alhamdulillah saya berjaya melunaskan hutang termasuk baki bayaran rumah. Dapatlah mak ayah tinggal dengan selesa di situ. Dulu kami sekeluarga tinggal di rumah papan dalam suasana kampung. Itu pun tumpang duduk sebelah rumah nenek atas tanah milik mereka.
Selepas saya tingkatan empat barulah ayah ada rumah lain. Teres kecil saja tetapi itulah yang menjadi kekuatan buat saya untuk membawa mak ayah keluar dari belenggu kesusahan. Merekalah tulang belakang saya,” ungkap Said yang tidak suka bertangguh.
NASIHAT
“Buat generasi muda jangan habiskan usia muda anda dengan perkara yang tidak menjanjikan manfaat untuk masa tua. Ketika mudalah masa untuk mencuba banyak perkara. Ketahuilah dunia perniagaan amat menyeronokkan. Saya sendiri masih memperjuangkan perniagaan jualan langsung yang kini masih relevan.
Pilihan di tangan kita. Maka saya memilih untuk banyak membantu kerana impian saya mahu melahirkan lebih ramai jutawan di Malaysia. Seiring dengan era digital masa kini saya pastikan diri juga tidak ketinggalan. Saya mensasarkan umur 40 tahun untuk memperlahankan aktiviti perniagaan,” akhiri Said. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama pembaca berita dan pengacara jelita, Nurul Alis Aidil Akhbar atau Kiki Joule sangat sebati dengan dunia permotoran. Cintanya terhadap aktiviti lasak ini mula tercetus sejak lebih 20 tahun dulu. Lumba kereta dan motor berkuasa tinggi menjadi kepakaran anak jati Negeri Sembilan ini sehingga digelar ‘sifu permotoran’.
Hanya sekadar suka-suka, ibu kepada 4 cahaya mata ini mula aktif dalam sukan go-kart di usinya 22 tahun. Paling membanggakan, Kiki pernah menyertai perlumbaan Asean Cup Prix 1997. Hebatnya!
Suatu ketika dulu wajahnya sangat dikenali sebagai penyampai berita di RTM dan lebih 20 tahun Kiki diberi peluang mengendalikan segmen sukan. Bertitik tolak dari situlah minatnya kian bercambah terhadap aktiviti lasak ini sekaligus menjadi sebahagian dari gaya hidupnya sampai kini.
Namun apa yang paling kagum ialah semangat dan kemampuannya masih hebat walaupun usia dah mencecah 40an. Apatah lagi dengan gelarannya sebagai seorang isteri, ibu serta serta penyampai berita. Ternyata, Kiki bukan calang-calang wanita. Punya stamina dan tahap kecergasan yang tinggi.
Nona mencungkil rahsia sebenar yang diamalkan Kiki untuk kekal sihat, cergas dan awet muda.
JAGA MAKAN DAN MASAK SENDIRI
“Saya memang jaga makan sejak dulu lagi. Waktu umur 20an saya jarang makan di luar sebab suka masak sendiri. Masak ringkas-ringkas saja pun tak mengapa asalkan dapat masak sendiri.
Segala jenis makanan ringan saya elakkan. Memandangkan saya asal Negeri Sembilan semestinya makanan pedas menjadi kegemaran.
Saya juga amalkan makan buah dahulu sebelum makan nasi. Turut diamalkan ialah makan sayur-sayuran, ulam dan minum air putih secukupnya setiap hari.
Kalau nak tahu saya bukanlah seorang gym person. Namun saya pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya setiap hari. Manakala aktiviti hujung minggu pula semestinya riding bersama rakan-rakan mahupun suami agar sentiasa cergas dan dapat keluarkan peluh secara sihat,” kongsi Kiki yang sentiasa mengamalkan prinsip menunggang selamat dengan bergaya.
Hampir 5 tahun Kiki bergelar isteri kepada Dr Faizal Baharuddin. Selain bergelar Brigedier Jeneral, Dr Faizal juga merupakan Pakar Perubatan Awam serta Pegawai Memerintah 96 Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut.
Kredit Foto: Instagram Nurul Alis Aidil Akhbar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?Namun, trend hari...