
Juara Paralimpik sebanyak dua kali, Datuk Abdul Latif Romly meneruskan penguasaan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) di Solo, Indonesia apabila merangkul pingat emas ke-4 berturut-turut dalam acara lompat jauh F20 (masalah intelektual).

“Pingat ini saya dedikasikan kepada keluarga saya dan mungkin rezeki kahwin. Saya rasa ini mungkin pertandingan terakhir bagi tahun ini.
Selepas ini akan bersedia untuk menghadapi APG 2023 Kemboja, Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China tahun depan bergantung kepada perancangan jurulatih,” kata atlet berusia 25 tahun ini.
Anak jati Perlis ini mempamerkan kehebatannya dengan lompatan sejauh 7.20 meter di Stadium Manahan untuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Walaupun jarak yang dicatatkan masih rendah berbanding rekod dunia 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Abdul Latif masih gembira kerana ia merupakan kejohanan pertama sejak hampir setahun berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada September 2022.
Datuk Latif Romly bertunang dengan seorang guru iaitu Nabila Farhana yang merupakan temannya sejak di bangku sekolah. Pasangan ini saling mengenali ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Perlis.

Beliau juga merupakan penerima Nona Men’s Paralympic Award dua tahun lalu.

Datuk Abdul Latif Romly menerima gelaran Datuk pada usia 24 tahun ketika Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan. Beliau dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM).
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Winter Sonata Ini Kejut Peminat Bila Umum Hamil Kali Pertama Di Usia 44 Tahun

Ini lah yang dikatakan rezeki tak pernah salah alamat. Kalau sudah dinamakan rezeki, cepat atau lambat, muda atau berusia pasti dapat melalui pengalaman bayi membesar dalam rahim selama 9 bulan.
Sudah pasti berita gembira ini mampu buat semua wanita yang bergelar isteri umpama berada di awang-awangan apatah sudah lama mengharapkan suara tangisan bayi memecah suasana di kediaman bersama suami tercinta. Ini yang mungkin dirasakan oleh pelakon utama drama Korea, Winter Sonata yang begitu popular pada tahun 2002 ini.

Sebelum ini pelakon cantik ini dilaporkan telah berkahwin secara rahsia bersama pemuda pilihan hatinya di usia 43 tahun. Suami yang dikahwini oleh salah seorang wanita tercantik Korea Selatan ini berlangsung secara sederhana pada 29 Mac 2018 lalu.

Suami kepada selebriti yang bernama Choi Ji Woo ini difahamkan bukan datang di kalangan selebriti Korea biarpun sebelum itu pelakon tinggi lampai ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor popular Korea, Ji Woon.

Kini seluruh peminat drama Korea Stairway to Heaven ini sekali lagi dikejutkan dengan khabar gembira apabila agensi pelakon jelita itu mendedahkan bahawa aktres tersebut sedang hamil anak pertamanya.

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh agensi Choi Ji-Woon iaitu YG Entertainment, pelakon tersebut begitu gembira menerima berita tersebut dan sedang fokus untuk menjaga kandungannya. Sudah pasti Choi Ji Woon teruja dan mungkin begitu berhati-hati dengan kandungannya itu kerana ini merupakan kali pertama hamil ditambah pula pada usia 44 tahun.

Menurut kenyataan daripada agensi itu lagi, pelakon cantik yang telah melibatkan diri di dalam industri hiburan Korea sejak dari tahun 1994 ini akan melahirkan anaknya pada bulan Mei tahun ini. Tak lama lagi nampaknya!

Sumber: Sinar Harian
Foto: Instagram @choijiwoo_cjw & @polarhis
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
14 Tahun Jadi Ibu Tunggal & Berdikari, Gelagat Siti Nordiana Ajar Anak Lelaki Masak Cuit Perhatian!

Seronok tengok keakraban Siti Nordiana dan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie. Sering meluangkan masa bersama-sama dan layan anak seperti kawan, pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran ini menjadi ikutan golongan ibu tunggal kerana semangat dan kekuatannya membesarkan anak seorang diri.
Di sebalik tawa dan kejayaan yang diraih hari ini, pasti ada detik duka yang disimpan penyanyi kelahiran Negeri Sembilan berkenaan.
Sepanjang bergelar anak seni, jarang Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana bercerita soal peribadi. Apatah lagi mendedahkan mengenai perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan kepada umum.
Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 sebelum bercerai pada 14 September 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 15 tahun.




Sejak berpisah, pelbagai ujian terpaksa ditempuh demi membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.
Nana tidak lagi berkahwin selepas bercerai dan selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal bagi memberi sepenuh tumpuan kepada Rayyan.
Bukan hanya diduga dengan kegagalan rumah tangga, pada 21 Julai lepas Nana sekali lagi diuji apabila bapa tersayang iaitu Alias Ahmad pergi menghadap ilahi.



Cekal mendepani hari-hari mendatang, Nana tidak sekadar menerima tawaran sebagai penyanyi bahkan dia turut mengusahakan perniagaan sendiri dengan rangkaian produk makanan Mader Nana.
Antara produk yang dihasilkan ialah Sambal Cili Kering dan Sambal Paru Goreng Berlada.
Baru-baru ini, bintang drama bersiri Dia Semanis Honey tersebut berkongsi video dirinya dan Rayyan di Instagram. Gelagat ibu dan anak ini memasak di dapur mencuit perhatian peminat.
“Bila minta tolong anak bujang masak, macam-macam syarat dia. Pening mama.”




Bagus Nana didik anak lelaki rajin masuk dapur dan membantunya masak. Walau pun lelaki, tak ada salahnya masuk dapur. Mana tahu, lepas ini Rayyan pandai masak dan boleh sambung bisnes Nana.
Meniti usia 39 tahun, nama Nana kembali meningkat naik selepas dia menjuarai Gegar Vaganza musim kedua. Sebelum mengusahakan bisnes makanan, Nana pernah menjual produk muslimah seperti baju dan tudung.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
Artikel selanjutnya https://www.nona.my/makin-hebat-masak-lincah-di-dapur-stacy-ceburi-bisnes-makanan-jual-sambal-sendiri/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bilik Baby Dah Siap!” Bakal Bersalin Di Australia, RAJA ILYA Teruja Bakal Bergelar Ibu

Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India, Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia baru-baru ini telah berkongsi satu posting di akaun Instagramnya menyatakan dirinya kini hamil 5 bulan.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad yang mula mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan menerusi drama Suamiku Encik Perfect 10 mengambil keputusan untuk menetap di Australia selepas berkahwin dengan ahli perniagaan kacak, Trent Garrett yang berasal dari Australia.

Baca temu bual ekslusif NONA bersama wanita berusia lewat 30an ini tentang kisah perjalanan kehamilan sulungnya.
HAMIL SELEPAS 3 TAHUN KAHWIN
“Sebenarnya plan mengandung awal selepas berkahwin tu memang tiada. Sebab ketika itu saya sibuk dengan shooting, ada kontrak yang perlu diselesaikan. Asalnya plan nak mengandung tu dalam tahun 2020 . Sepanjang tahun itu kami berusaha untuk dapatkan baby tapi tiada rezeki. Setiap bulan sentiasa mengharap dan terus mengharap tapi hampa. Sampailah saya rasa putus asa.
Suami pun kata let it go.. ia akan berlaku bila sampai waktunya. So, kami biarkan je, just move on dan saya start workout balik. Kembali ke gim. Time tu ada perancangan untuk membuka production house tapi bukanlah as a big office. Just a registered company. Memandangkan suami dalam real estate senang untuk saya penetrate market, buat periklanan untuk real estate. So busy dengan kehidupan seharian termasuk buat review produk. Hujung tahun 2021, saya hamil. Alhamdulillah!
Kisahnya bermula pada sekitar jam 5 pagi saya bangun untuk ke tandas. Sempat jugalah saya buat ujian kehamilan. Tanpa melihat result, saya sambung tidur. Bila bangun tidur, saya check memang terkejut dan tak percaya. Kebetulan masa tu ada extra tester dan saya buat lagi sekali. Hasilnya positive juga. Saya terus dapatkan suami dan tunjuk padanya. Dia pun terkejut.
Suami menemani saya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Waktu itu kami cuba untuk tidak terlalu teruja sebab belum confirm dan takut kecewa. Keesokannya kami pergi semula ke klinik dan doktor sahkah saya hamil. Barulah kami rasa sangat teruja dan bersyukur.
KAHWIN CAMPUR, ANAK COMEL & BIJAK
Saya bersyukur dengan apa yang Allah nak bagi. Memang teruja bila diberi rezeki untuk mengandung dan bakal bergelar ibu. Bijak atau comel itu semua anugerah Tuhan. Namun apa yang saya harapkan semoga bayi yang bakal lahir menjadi anak yang soleh, solehah. Allah will do the rest.
Sebelum ni hanya kami berdua, dan tak lama lagi kami bakal meraikan ‘ahli baru’ dalam keluarga. Perasaan nak ada anak sendiri tu memang lain. Apa yang saya sendiri nanti-nantikan dari kelahiran ini ialah agar dikurniakan bayi yang sihat sempurna.
Bukan kami saja yang teruja, ibu mertua saya pun sangat-sangat teruja sebab bakal bergelar granny (nenek). Gelaran yang dah lama diidam-idamkannya. Setakat ini bilik baby dah siap! Barang pun dah beli sikit-sikit.

Sepanjang kehamilan alhamdulillah saya tiada sebarang alahan cuma di awal trimester saya mengalami simptom badan panas. Cuaca ketika itu pun sangat panas. Di awal mengandung saya banyak rasa nak menangis. Mengidam nak balik Malaysia jumpa keluarga. Selalunya kalau video call ibu, kakak atau rakan baik di Malaysia first tu saya mesti menangis dulu.
Dari segi makan, saya tak mengidam apa-apa pun dan tak cerewet. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan sesuatu contohnya char kuey teow atau mihun goreng saya akan Google resipi dan masak sendiri.
BAKAL BERSALIN DI AUSTRALIA
Bersalin di sini tak sama seperti di Malaysia antaranya dari segi proses, pemilihan hospital dan sebagainya. Untuk mendapatkan hospital terbaik di sini pun, kena hantar permohonan. Kalau layak barulah pihak hospital akan ambil kita. Saya berpeluang untuk bersalin di salah sebuah hospital terbaik di sini, iaitu King Edward Memorial Hospital yang merupakan hospital kerajaan.
Dari segi berpantang pula, saya ada seorang rakan baik di sini yang merupakan bidan. Cara rawatannya pun tersendiri, very scientific and Western. Mereka menjaga saya bermula dari kehamilan sehinggalah ke penjagaan selepas bersalin.
Selain itu, saya juga dah booked seorang lagi bidan yang menetap di sini dan berasal dari Malaysia. Kaedah yang digunakan memang ikut cara bidan Melayu. Sebolehnya saya tak nak ikut cara Western sangat sebab jiwa tu lebih kepada Malaysia. Saya bertuah kerana tinggal di Perth, Australia. Rakyat Malaysia pun ramai di sini. Jadi mudah untuk dapatkan bidan Melayu.
SUAMI RINGAN TULANG
Sepanjang mengandung, suami bagi je saya makan apa saja termasuk tolong buatkan jus setiap pagi untuk saya sebelum dia ke tempat kerja. Dia bagi saya peluang untuk tidur dan rehat di rumah. Banyak jugalah yang suami bantu seperti kemas rumah, memasak, dan sebagainya. Dia juga rajin mengurut saya setiap hari. He’s the best husband in the word!
Suami sentiasa menjadi yang terbaik untuk saya. Dia seorang yang sangat aktif dan rajin. Tiada istilah malas dalam hidupnya. Setiap hari dia akan bangun seawal pagi buta. Suami juga seorang yang tegas contohnya dari sudut pemakanan. Sepanjang mengandung memang suami yang jaga pemakanan saya agar seimbang.
IMPIAN
Kami berharap dapat menjadi ibu bapa terbaik. Kami akan cuba sedaya upaya dan serahkan kepada Tuhan untuk masa depan yang lebih baik. Kalau ada rezeki untuk mengandung lagi kelak, saya tak mahu jarak yang terlalu jauh. Mungkin dalam setahun dua baru ada baby baru” akhiri Raja Ilya.
Perkenalan Raja Ilya dan suami pada tahun 2012 iaitu ketika Raja Ilya bertugas sebagai pramugari. Mereka melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup di Perth, Australia pada tahun 2018. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan bersalin Raja Ilya.
Kredit Foto: Instagram Raja Ilya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


