Rezeki Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dapat menunaikan ibadah haji dengan suami tercinta. Tidak semua pasangan suami isteri diizinkan Allah untuk mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.
Namun semuanya dipermudah bagi Nurul Syuhada dan suami iaitu Raja Amir Shah sebagai antara jutaan jemaah Haji tahun ini. Alhamdulillah.
Pasangan ini berkongsi berita gembira berkenaan dan selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 20 Jun lalu. Kongsi pengacara jelita ini, “As we depart our home, family and familiarity for the pilgrimage of Haj, one of the 5 pillars of our Deen, and one which needs to be completed in our life time we pray the road ahead is of ease and achieve mabrur InshaAllah.”
Difahamkan Raja Amir Shah turut menemani isteri tercinta untuk mengerjakan haji biarpun ini merupakan kali kedua dia melaksanakan ibadah itu.
“Thank you Ling coming together with me as Allah SWT invite you for second hajj fulfilling your responsibilities towards me. Your sacrifices hanya Allah jua yang dapat membalasnya.”
Bukan mudah bagi ibu yang mempunyai anak kecil ini untuk meninggalkan anak-anak di bawah jagaan ahli keluarga. Namun panggilan Yang Maha Esa melebihi segala-galanya.
“May Allah SWT protect you always my babies. Mummy and Daddy loves all of you 4 so much but Allah is calling. InsyaAllah He will protect you for me and thank you so much mummy (mil) for taking care of them and your encouraging words and wisdom.”
Sepanjang berada di Tanah Suci, Nurul Syuhada berkongsi momen penuh makna melakukan ibadah termasuklah menjelang Hari Arafah, tawaf, saie dan bermalam di Mina.
Bertuah pasangan ini dan jelas terpancar wajah ceria mereka sepanjang menjadi tetamu Allah.
Nurul Syuhada Nurul Ain meniti usia 38 tahun merupakan wanita kelahiran Negeri Sembilan dan ibu empat anak. Dia berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa pada 16 Julai 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata comel.
Mula dikenali sebagai pengacara televisyen, Nurul Syuhada bagaimana pun kini memperlahankan karier bidang penyiaran demi membesarkan anak-anak.
Melihat kesemua anaknya, ramai yang memuji zuriat Nurul Syuhada yang dikatakan mewarisi genetik cantik ibu dan bapa. Apa tidaknya, suami personaliti ini ialah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibu.
Bakal menempuh 11 tahun usia perkahwinan, Nurul Syuhada dan Raja Amir mengecap bahagia dengan kehadiran sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/meniti-usia-60-tahun-nenek-3-cucu-ezzah-aziz-fawzy-tampil-anggun-jadi-prof-adjung-ukm/
This website uses cookies.