10 malam terakhir Ramadan, Datuk Jamal Abdillah dikurniakan zuriatĀ  keenam!

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 64 dan isteri menyambut kelahiran anak keenam, seorang bayi perempuan diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani, di sebuah pusat perubatan swasta sebentar tadi.

Ads

Rezeki Ramadan! Rahil Laura Salsabila Yamani Nama Pilihan Datuk Jamal Abdillah Untuk Anak Ke 6

Bayi tersebut dilahirkan pada jam 2.55 petang melalui proses pembedahan. Laura merupakan cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup Jamal dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 28. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2017. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga perkahwinan keempatnya.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaituĀ  Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau ZackĀ  dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun. Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Rezeki Ramadan! Rahil Laura Salsabila Yamani Nama Pilihan Datuk Jamal Abdillah Untuk Anak Ke 6

Memetik Berita Harian Online, Datuk Jamal melahirkan rasa syukur isteri dan anak bongsunya, sihat selepas menjalani proses pembedahan.

“Alhamdulillah syukur kerana kelahiran anak saya ini sempurna segala-galanya. Terima kasih kepada sahabat yang banyak mendoakan semuanya baik. “Bayi ini seberat 2.94 kilogram (kg),” katanya.

Terdahulu, Jamal dilaporkan memilih tarikh 1 April untuk melahirkan anak bongsunya itu, iaitu sempena tarikh ulang tahun perkahwinan keenam bersama Zai Izzati. Bagaimanapun, Jamal berkata, doktor memberitahu, usia kandungan ketika itu masih muda dan tarikh bersalin, ditangguhkan dua minggu kemudian.

Rezeki Ramadan! Rahil Laura Salsabila Yamani Nama Pilihan Datuk Jamal Abdillah Untuk Anak Ke 6

Ads

Ketika ditanya mengenai pemilihan nama anak, Jamal menggabungkan dua nama diberi sahabatnya dan dua lagi nama pilihan peribadinya.

Menurut JAmal Rahil Laura Salsabila Yamani mempunyai maksud yang indah di mana Rahil merupakan ibu kepada Nabi Yusuf. Manakala Salsabila bermaksud mata air di syurga.

Rezeki Ramadan! Rahil Laura Salsabila Yamani Nama Pilihan Datuk Jamal Abdillah Untuk Anak Ke 6

Ads

Berkongsi perasaan menyambut insan baharu apatah lagi menjelang Aidilfitri, Jamal bersyukur kehadiran Laura melengkapkan hidupnya bersama isteri dengan dua pasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah sudah empat anak… Cukuplah. Doktor sudah nasihat dan tidak benarkan isteri hamil lagi sebab semua anak kami lahir secara pembedahan,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian Online

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI