Rezeki SALT BAE Tabur Garam Atas Stik Tular, Mencipta Nama Sebagai Chef Selebriti Jutawan

Mungkin ini yang dikatakan tuah datang tanpa disangka-sangka. Rezeki Salt Bae menabur garam atas hidangan stik dengan cara yang bersahaja dan tersendiri telah menjadikan selebriti chef Turki ini menjadi popular di seluruh dunia.

Mungkin chef selebriti yang memiliki nama sebenar Nusret Gökçe ini juga tidak menyangka sambutan yang diterimanya sebegini rupa.

Foto: Instagram @nusr_et

Kuasa media sosial yang tertumpu ke arah dirinya telah membuatkan ramai selebriti dan ahli politik di seluruh dunia ingin menikmati sendiri ‘air tangan’ chef selebriti dan personaliti media sosial, Salt Bae ini.

Baru-baru ini, selebriti terkenal tempatan, Azrinaz Mazhar Hakim turut berkongsi di laman media sosial milik peribadinya dapat menikmati hidangan stik yang dipersembahkan oleh Salt Bae sendiri. Aksi Salt Bae benar-benar istimewa dan lain daripada yang lain. Beruntung! Azrinaz Mazhar Hakim.

Pemilik rangkaian restoran mewah Nusr-Et ini mempunyai beberapa buah restoran di seluruh dunia dan yang terbaharu ialah di Kota London. Walaupun kemuncak populariti yang diraih chef selebriti ini bermula pada tahun 2017 namun Salt Bae telah mula membuka restoran mewah miliknya sejak tahun 2010 lagi.

Salt Bae telah berusaha keras untuk mencipta nama dalam perniagaan ini demi meneguhkan empayar ‘steakhouse‘ miliknya itu. Khabarnya, rangkaian restoran mewah ini menyediakan hidangan stik daging terbaik di dunia.

Foto: Instagram @nusr_et

Walaupun Salt Bae pernah menerima kecaman kerana menjual hidangan mencecah harga lima angka namun, ramai pelanggan tetap hadir untuk menikmati menu yang tersedia di restoran mewahnya.

Hidangan paling popular adalah stik Tomahawk yang dibalut dengan salutan emas mencecah harga 1,450 pound (RM8,107). 100 pound (RM561) bagi burger dan minuman air tin coca-cola sembilan pound (RM58).

Foto: Instagram @nusr_et

Salt Bae bukan datang daripada keluarga yang senang. Chef selebriti ini lahir pada 9 Ogos 1983 dan dilahirkan dalam keluarga Kurdish di Erzurum, Turki.

Salt Bae telah meninggalkan dunia sekolah ketika berusia 11 tahun untuk menjadi ‘butcher‘(pelatih) sehingga menyuntik inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang chef.

Foto: Instagram @nusr_et
Foto: Instagram @nusr_et

Namun sudah tertulis rezeki Salt Bae menjadi chef selebriti dan harta kekayaannya dianggarkan

sebanyak £44 million pada tahun 2021. Semoga rezeki Salt Bae terus melimpah-ruah dan berupaya membantu mereka yang memerlukan dengan sewajarnya.

Baca juga; 20 Selebriti Chef Terkaya Di Dunia & Bergelar Billionaire

Share
Published by
Hamizatul Maizan