MasyaAllah, luasnya kasih sayang Allah. Sejurus kisah rumah tangga bekas supermodel dan pelakon ini diketahui ramai, Zahnita terima 3,000 tempahan pai daripada pelanggan. Sesungguhnya rezeki tak pernah salah alamat dan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Menerusi perkongsian di media sosial, ibu kepada empat cahaya mata ini meluahkan rasa syukur di samping berterima kasih kepada followers kesayangan atas sokongan mereka buatnya tatkala berdepan kesulitan dan episod duka kehidupan.
Zahnita juga mengambil keputusan untuk ‘memadam’ beberapa posting terdahulu di akaun Instagram miliknya demi kebaikan.
Terbaharu, hantaran yang dimuat naik bintang filem Kuliah Cinta berkenaan memberi kelegaan kepada peminat yang bersimpati dengan nasib Zahnita.
Walau sedang bersedih namun dia tetap melemparkan senyuman dalam video tersebut.
“Assalamualaikum… thank you all for your warm wishes and support. I will be with you shortly. Order is now open… ‘ i love you 3000 ‘ You may book your slot with @thefarrieses or @neysahz. Again, thank you so much.”
Meskipun pada mulanya Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menjual pai hasil air tangan sendiri secara kecil-kecilan di rumah. Namun ia kini menjadi punca pendapatan selebriti ini untuk menjana kehidupan.
Kini Zahnita’s Humble Pie makin dikenali khalayak. Bahkan wanita berusia 39 tahun ini tidak menyangka menerima tempahan dalam jumlah yang besar baru-baru ini.
“3,000 pie coming right up. I got a 9kg industrial mixer! You all messed up all my numbers. Thank you so much!”
Difahamkan sehingga kini terdapat tiga perisa pai yang diusahakan iaitu Original Aussie Beef, Classic Apple with Cinnamon Drizzle dan Blueberry with Cream Cheese Sorbet.
View this post on Instagram
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja ini turut mempunyai dua orang ejen yang membantunya menerima dan menguruskan tempahan di beberapa negeri tanah air.
Nona mendoakan agar perniagaan Zahnita berkembang maju. Diberi ketabahan untuk mendepani ujian mendatang dan kembali bangkit dengan semangat baru demi diri sendiri serta anak-anak.