Rimas Dengan Tekanan, Ini Sebabnya Wanita Perlu Ada Minyak Ajaib Young Living Di Rumah. Bau Jer Dah TENANG!

Otak kita mampu menyimpan memori bau dengan sangat baik. Contohnya bau bedak bayi selepas mandi, bau rumput basah selepas hujan mahupun apungan aroma bunga mawar dari sejambak bunga.

Setiap hari terikat dengan rutin yang sama, tanpa disedari membuatkan kita lupa untuk bertenang. Sometimes we forget to take a break. Rehatkan minda sambil menghirup bau-bauan alam yang mendamaikan.

Kuasa bau atau aromaterapi sebenarnya sangat kuat. Percaya tak, sebenarnya ia mampu menyembuhkan secara holistik dan memberi tenaga kepada emosi kita?

Dalam satu perkongsian media yang dianjurkan buat julung kalinya oleh produk minyak pati tersohor di dunia, Young Living, Nona telah diberi panduan tentang cara menggunakan minyak ajaib ini setiap hari.

Perkongsian hebat ini dibawakan oleh Scientific Advisory Board Member, Dr. Peter Minke dan Presiden Serantau Asia Pasifik, Tai Tolman dari Young Living. Jom amalkan sekarang.

Bagaimana minyak pati berfungsi?

Sebenarnya minyak pati adalah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada satu spesis tumbuhan. Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati; dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan.

Minyak pati ini sebenarnya tidak rasa berminyak; ia dipanggil ‘minyak’ kerana mengandungi sebatian larut minyak dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri aroma dan manfaat tersendiri minyak pati.

Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi yang dicipta berasaskan kesan yang diingini. Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama.

(1) Aplikasi aroma

Minyak pati boleh disedut, dengan kesan positif yang nyata terhadap mood, emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma.

Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.

(2) Aplikasi topikal

Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat.

Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan agar sesetengah minyak pati dicairkan dahulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.

Aplikasi Minyak Pati Dalam Kehidupan Harian

(a) Untuk Mengharumkan Kediaman

Rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabat-handai. Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati Harmony atau Joy untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.

Untuk suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur, Lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan merupakan teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam. 

Sementara itu, Cedarwood menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran. 

(b) Untuk Menyegarkan dan Menulenkan

Minyak pati lemon terdiri daripada 68% d-limonene, sejenis antioksidan kuat, dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen – untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air.

Purification memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk. 

Adunan unik Thieves daripada Young Living pula ialah kombinasi aroma khas bunga cengkih, rosemary, lemon dan bahan botani lain. Rangkaian produk ini menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria.

(c) Untuk Belajar dan Bekerja

Sumber kehebatan seseorang boleh dibahagikan kepada 1% inspirasi dan 99% kerja keras – dan inspirasi mungkin datang daripada udara yang kita hirup!

Bagi pelajar di sekolah atau seorang CEO yang sibuk bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat lain, sudah tentu ada masanya mereka perlu dorongan tambahan untuk menyempurnakan tugasan.

Gunakan resapan atau sapuan topikal Peppermint – aroma kuat, ketara dan berpudina yang boleh meningkatkan daya tumpuan selain menyamankan udara sekeliling.

Sebagai dorongan tambahan, Brain Power merupakan adunan antara Royal Hawaiian Sandalwood, Blue Cypress dan Frankincense untuk membantu mempertajamkan pemikiran dan meningkatkan tumpuan menerusi kelebihan aroma.

(d) Untuk Kecantikan Yang Berseri

Formula penjagaan kulit mungkin berkembang maju seiring masa dan teknologi, tetapi rahsia kecantikan turun-temurun masih kekal sehingga kini: iaitu kekal bertenang dan gunakan pelembap!

Kayu Royal Hawaiian Sandalwood amat dicari-cari dalam bidang penjagaan kulit kerana ciri lembapan dan manfaat keseluruhan bagi kulit yang sihat dan berseri.

Frankincense, yang dikenali sebagai raja minyak pati dengan pelbagai kegunaan dan manfaat adalah sangat berharga sebagai penyegar mujarab untuk melindungi dan menyegarkan semula kulit, selain mengurangkan penuaan secara semula jadi. Geranium memberikan aroma yang menenangkan dan menaikkan semangat, dan menambah sentuhan kemewahan kepada rutin kecantikan.

(e) Bagi Yang Aktif Bersukan

Teman sejati badan selepas bersenam ialah Peppermint yang serba dingin, yang turut menghasilkan aroma pudina kuat untuk merangsang deria.

Aroma Siez, sejenis adunan penting antara minyak asas Lavender and Pudina, membuai perasaan yang memberikan ketenangan jiwa dan raga terutamanya apabila digunakan dalam Teknik Titisan Hujan (Raindrop Technique) eksklusif Young Living.

Sementara itu, bagi ahli sukan lelaki dan wanita yang mahukan kesan pemanasan melegakan yang jauh ke dalam otot, PanAway membawakan kehangatan yang menyenangkan dan membantu melegakan kulit dengan ramuan penting seperti Gaulteria and Cengkih.

Menyentuh perihal Young Living yang kini mula bertapak kukuh di Malaysia, Tai Tolman berkata, “Jenama ini dihasilkan oleh D. Gary Young dan Mary Young untuk memulakan operasi perladangan dan penyulingan herba pertama mereka pada 1993.

Berbekalkan wawasan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi minyak pati, mereka menubuhkan Young Living pada 1994 dan bertekad untuk berkongsi hasil penemuan mereka tentang kemujaraban minyak pati dengan dunia.

Sejajar dengan usaha ini, Young Living telah membangunkan proses Seed to Seal® serba maju, yang melindungi keutuhan dan kemujaraban minyak pati dalam setiap peringkat proses pengeluaran,” ujarnya. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina