Rindu Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Kongsi Video Masakan Ikan Belimbing Berlado & Tempoyak Daun Kayu!

Kalau dah Sheila Rusly yang masak memang terliur dibuatnya! Sinonim dengan dunia masakan, pelakon dan pengarah terkenal ini nyata menjadi tumpuan peminat menjelang bulan Ramadan. Mana tidaknya nama Sheila Rusly sering menjadi bualan rentetan rancangan masakan popular ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ selama beberapa tahun yang lalu.

Tidak lagi mengacarakan program berkenaan tahun ini, rindu peminat melihat Sheila beraksi di dapur seakan terubat apabila isteri Jinggo memuat naik video masakan berbuka puasa dan bersahur di media sosial miliknya.

Salah satu menu yang menambat selera ramai ialah Tempoyak Daun Kayu! Bahkan menantu kesayangan Sheila yang juga aktres cantik, Elisya Sandha turut mengakui masakan sajian tradisi itu oleh ibu mentuanya adalah paling sedap di dunia.

Koleksi Foto Majalah Nona
Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures
Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures

Menerusi perkongsian video yang sudah meraih lebih 700 ribu tontonan itu, antara juadah berbuka puasa Sheila Rusly sekeluarga ketika 1 Ramadan lalu ialah Fish Platter, Pea Sprout, Kailan Ikan Masin, Masak Lemak Telur Itik Belimbing dan Tempoyak Daun Kayu.

Ibu dua cahaya mata ini turut memuat naik video masakan Ikan Belimbing Berlada khas buat mereka yang rindu program masakan popularnya.

Meniti usia 52 tahun, Sheila dalam temu bual bersama Nona ketika menghiasi Cover Digital Jun 2022 lalu berkongsi amalan gaya hidup sihatnya.

“Saya tak adalah nak jaga (kesihatan) sebab nak nampak muda. Rutin harian saya sejak belasan tahun ialah makan supplement dan drink a lot of water. Jujurnya saya bukan jenis kuat bersukan yang perlu jogging dan sebagainya.

Umur macam ni tak boleh buat aktiviti terlalu lasak. Kita kena tahu umur kita dan apa aktiviti yang sesuai supaya dapat maintain badan. Taknaklah buat aktiviti macam umur saya 25 tahun.

Kena ada mind set yang harus kita ingat umur kita macam ni jangan buat benda-benda berlebih-lebihan. Saya takkan cakap benda yang saya tak buat tapi saya buat. Kehidupan saya memang macam biasa.

Contoh kadang-kadang main badminton. Sesekali ikut anak bersenam. Ringkasnya, bukanlah macam makan tidur, walau umur dah 50. Saya tak boleh duduk je hadap Netflix.

Baca https://www.nona.my/dilabel-garang-cakap-lepas-sheila-rusly-selesa-jadi-diri-sendiri-enggan-raih-publisiti/

Saya kena kerja dan saya akan manage time. Bila saya buat skrip, saya akan manage time. Lepas tu turun dapur. Isnin dan Khamis saya akan puasa sunat.

Tak adalah duduk relax depan TV. Saya tak boleh hidup macam itu. Itu bukan gaya hidup saya. Saya bukan leisure lady. Saya bukan kategori itu.

Kehidupan saya tak leisure mana pun. Apa yang saya buat dulu, saya masih buat sekarang. Umur meningkat, kita kena tahu had.”

Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures
Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures
Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures
Kredit Instagram @sheilarusly_jspictures

Tambahnya lagi, selain aspek kecergasan tubuh badan dia juga mengawal pengambilan makanan bergula. “Kalau teringin makan aiskrim tengok keadaan, mungkin seminggu sekali bukan tiap hari. Kita jangan sampai kufur nikmat semua benda tak boleh makan.

Nikmat Allah kena rasa selagi hidup dan sihat. Tapi kita kena bersederhana. Kena tahu portion.

Jangan setiap hari nasi je. Nasi limitkan satu hari sehari. Mula-mula saya ambil nasi sesenduk, kalau lapar ambil lagi.”

Sheila Rusly ialah isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

 

Share
Published by
Suzi