Menghasilkan lagu Irama Malaysia bukanlah mudah. Setiap baris lirik memberikan banyak makna dan juga sindiran kepada apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Seperti puisi, syair dan juga pantun yang menjadi warisan budaya kita ia bertitik tolak untuk memberikan kesedaran dan juga berkomunikasi dalam nada yang lebih lembut dan tepat panah di hati.
Jika dahulu muzik Irama Malaysia diangkat dengan menjadi salah satu kategori utama dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) namun beransur-ansur bermula tahun 2004 industri muzik irama Malaysia seakan malap dan kini boleh dikatakan tiada lagu-lagu seperti ini berjaya menerobos dan popular sebagai halwa telinga kita.
Jom kita lihat lima pilihan persembahan lagu-lagu Irama Malaysia yang cukup ikonik (sekurang-kurangnya bagi penulis).
Walaupun lagu ini kalah kepada lagu ‘Diari YB’ dendangan ND Lala yang menjadi juara kategori Irama Malaysia, tetapi suara merdu Allahyarhamah Rosiah Chik atau lebih mesa dipanggi Mak We cukup terkesan dihati. Ditambah pula dengan bait-bait lirik yang memberi banyak pengajaran. Mana nak cari penyanyi asli yang bersuara lunak sebegini hari ini? Ketika bertanding Mak We berusia 64 tahun!
Memang tak dinafikan lagu ini cukup menghiburkan. Menceritakan tentang kehidupan harian seorang ahli politik. Dendangan bersahaja ND Lala menjadi kekuatan lagu ini dan juga kalau anda perhatikan liriknya betul-betul, ritma akhir setiap baris lirik berakhir dengan hurut yang sama.
Siapa yang tidak kenal dengan lagu Cindai? Sekurang-kurangnya mereka yang berusia 20 tahun ke atas pasti tahu lagu ini. Lagu ini memang berhantu dan menjadi siulan ramai. Tambahan pula ketika pentas akhir AJL Iringan comel penari kanak-kanak mengiringi persembahan menjadi tarikan yang cukup menarik di samping suara merdu Dato’ Siti.
Kenapa penulis memilih lagu ini? Kerana ia menterjemahkan bunyi-bunyi muzik Sarawak yang cukup menarik. Walaupun lagu ini kalah kepada lagu Balqis dendangan Dato’ Siti Nurhaliza, ia memenangi kategori persembahan terbaik. Tengoklah batalion penari atas pentas Kak Ani dan juga kreativitinya, memang memukau.
Boleh dikatakan ini antara tahun-tahun terakhir muzik Irama Malaysia menjadi kalwa telinga dan popular dimainkan dicorong-corong radio. Lagu Nazam Berkasih menjadi pilihan utama untuk menjuarai kategori etnik kreatif namun ia kalah kepada lagu yang lebih bernada kontemporari iaitu Erti Hidup nyanyian Dayang Nurfaizah. Sampai hari ini penulis tertanya kenapa lagu ni tak menang, tapi itulah adat pertandingan.
Banyak lagi sebenarnya yang penulis suka seperti lagu Bonda oleh Dato’ M.Nasir, Zapin Yang Tinggal oleh Ramlah Ram, Balqis oleh Dato Siti Nurhaliza, Dikir Puteri oleh Noraniza Idris dan eh.. banyaknya kalau nak tulis satu persatu.
Mungkin ada lagi yang tak tersenarai, jangan pula ada yang tak berpuas hati ini sekadar pandangan penulis dan lagu lagu ini benar-benar mengingatkan kita kepada budaya Melayu yang cukup kaya dan indah dengan budi bahasa. Bila dengar lagu-lagu ini ia seolah memberi nostalgia yang terkadang buat air mata mengalir. Anda ada pendapat lain? Cuba kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
This website uses cookies.