Rata-rata rakyat Malaysia kebimbangan dek kerana penularan Wabak Covid-19 yang semakin merebak dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Banyak aktiviti-aktiviti di luar harus dihentikan serta-merta khuatir penularan wabak ini semakin bertambah.
Jadi, rakyat Malaysia harus dikuarantikan di rumah dan tidak dibenarkan keluar sama-sekali melainkan mempunyai urusan yang betul-betul penting. Hal ini juga menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia mula khuatir berat badan mereka semakin bertambah. Maklumlah, bila duduk di rumah, mulut tak berhenti nak makan. Mulalah berat badan bertambah! Jom Nona kongsikan senaman ringkas yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan yang boleh dilakukan di rumah!
PUSH-UPS / TEKAN-TUBI
Dalam banyak-banyak senaman di rumah, push-ups atau tekan-tubi ni memang tidak akan dilupakan. Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun boleh.
Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda. Jangan paksa sangat nanti sakit-sakit otot lengan kena makan OsteMatrix.
BRIDGE
Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik.
Cara-caranya, baring lurus, angkat punggung seperti di dalam gambar, tangan di sisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat dan perlahan-lahan turunkan badan. Buatlah dalam 10 kali mengikut kemampuan anda.
SQUATS
Squats merupakan antara senaman yang “mesti ada”. Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik.
Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.
WALKING LUNGES
Lunges ni seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.
Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.
SENAMAN KERUSI
Senaman ni pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Boleh tengok gambar macam mana nak buat. Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.
Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.