‘The Rise of Malaysian Designers’ Dedikasi FashionValet Buat Pereka Fesyen Tempatan!

Sejak menembusi industri fesyen e-dagang pada 2010, FashionValet berusaha mengetengahkan pereka fesyen tempatan. Bukan sahaja mencipta sebuah platform untuk menaikkan dan mengangkat nama mereka, tetapi inisiatif tersebut adalah sebagai pencetus inspirasi buat seluruh peminat fesyen tanah air dan juga antarabangsa.

Bangga dengan pencapaian dan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia masa kini, FashionValet berbesar hati melancarkan coffee table book

pertamanya, ‘The Rise of Malaysian Designers by FashionValet’. Mempunyai 300 halaman muka surat yang menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan, barisan pereka fesyen terlibat adalah Afiq M, Aere, Alia Bastamam, Arared, Cala Qisya, dUCk, Fizi Woo, FZK by Fitri Zainal, INNAIRED, Khoon Hooi, Laguna Sydney, Locka, Love To Dress (kini dikenali sebagai Olloum), Mimpikita, Nurita Harith, Poplook, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, THAVIA dan TudungPeople.

Menurut Pengasasnya, Vivy Yusof, usaha untuk menerbitkan ‘The Rise of Malaysian Designers’ merupakan hasil kerja seluruh warga FashionValet sepanjang tahun ini bertujuan sebagai pengantara pereka fesyen, jenama dan masyarakat yang tidak mengetahui kisah perjalanan, rahsia serta kejayaan setiap insan istimewa ini dalam menempa nama dalam industri fesyen negara. Dengan muka hadapan tebal dihiasi wajah 20 designer, buku ini turut mengandungi foto-foto eksklusif, kata-kata azimat dan kisah di sebalik pembabitan mereka.

Bagi penggemar fesyen tanah air, jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskhah ini di www.fashionvalet.com atau di kedai fizikal FashionValet di Bangsar Village II dan Pavilion pada Oktober ini dengan harga RM129 senaskhah. SUZIANA ABU DAUD

Share
Published by
Suzi