Siapa yang tak kenal dengan perintis Rizman Ruzaini pereka fesyen duo tanah air ini. Label Rizman Ruzaini terus mencipta nama sama ada untuk ke majlis berprestij tanah air mahupun majlis perkahwinan.
Sentuhan pereka fesyen duo ini sering mencuri tumpuan dengan rekaannya yang mewah, stylish serta menyuntik elemen klasik bagi mewujudkan gaya elegan dan sofistikated.
Ads
Hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia fesyen, gandingan duo juga sahabat baik, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil telah memberi sumbangan yang besar terhadap industri kreatif sebagai pereka fesyen.
Bukan hanya meletakkan diri mereka sebagai pereka fesyen, malah Rizman Ruzaini telah mengorak langkah menjadi usahawan yang berjaya.
Menyelami gandingan duo yang berjaya mencipta nama besar dalam industri fesyen tempatan ini, āKami memanjatkan kesyukuran kerana matlamat utama kami saat terjun dalam dunia fesyen adalah untuk menempatkan nama Rizman Ruzaini di dalam industri fesyen di Malaysia.
Alhamdulillah, kini kalau sebut tentang pereka fesyen di Malaysia sudah ada nama Rizman Ruzaini di situ. Itu merupakan suatu pencapaian yang paling besar bagi kami berdua,ā tutur Rizman memulakan bicara.
Tidak berhenti sekadar pereka fesyen, baik Rizman mahupun Ruzaini sudah mempersiapkan diri mereka untuk mara ke depan. Teruja mendengar pereka fesyen duo ini merencana perjalanan karier mereka.
āSaya mengagumi Bernard Arnault kerana beliau merupakan salah seorang Top 10 billionaire di dunia mewakili bidang fesyen.
Saya sangat kagum dengan cara beliau mengumpulkan banyak jenama mewah seperti Christian Dior, Louis Vuitton, Emilio Pucci, Marc Jacobs dan sebagainya di bawah satu bumbung.
Saya mempunyai harapan yang besar seperti mana melihat Bernard Arnault menurunkan legasi kepada anak-anak beliau. Malah cucu beliau turut berada dalam industri dan itu juga merupakan hala tuju kami sekarang.
Ads
Kami akan menubuhkan empayar RRRR iaitu Rizman Ruzaini Rizqaa Rahil untuk menghimpunkan banyak fashion house termasuk Rizman Ruzaini sendiri di bawah satu bumbung.
Kami juga sudah merancang sesuatu yang lebih besar dalam bidang fesyen, styling, makeup, beauty dan sebagainya. Itu yang menjadi matlamat kami untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang, insyaallah,ā ucap Rizman juga merupakan ayah kepada puteri comel, Rizqaa ini.
Tambah Ruzaini, āKami dah nampak situasi ini sebelum kami berkahwin lagi. Kami pernah berbincang untuk meneruskan legasi Rizman Ruzaini kerana kalau kami berhenti di sini, siapa yang nak bawa kesinambungan itu dan siapa nak meneruskan empayar yang kami bina.
Walaupun kami tak boleh nak memaksa anak-anak, tapi sebagai seorang ayah kami boleh beri galakan kepada mereka, insyaallah,ā tutur Ruzaini yang ceria kala bercerita tentang putera sulungnya, Wan Rahil.
Ads
āPada pandangan kami berdua legasi yang kami bawa ini suatu legasi yang membantu kelangsungan hidup. Kami nampak legasi ini adalah satu elemen untuk masa depan. Kalau boleh kami nak legasi kita ini dikenali sampai bila-bila.
Fesyen dan kecantikan berkait rapat antara satu sama lain. Saya percaya, kesempurnaan sesuatu gaya akan dapat bila kedua-duanya diberikan penekanan sama rata.
Dalam bisnes juga ianya seiring, kerana itulah Rizman Ruzaini baharu sahaja mengorak langkah ke arena kecantikan.
Kami juga gembira dapat membantu ramai orang melalui produk kecantikan ini. Kami mewujudkan sistem agen yang membantu melahirkan ramai usahawan-usahawan di luar sana.,ā kata Rizman sambil dipersetujui oleh Ruzaini.
Tenang dan sejuk je mata memandang bila menatap gambar raya Arni Nazira sekeluarga di Kuala Terengganu.
Biarpun sedikit lewat memuat naik gambar-gambar rayanya itu namun ia tetap membuatkan para pengikut serta peminatnya teruja.
Turut kelihatan dalam hantarannya di Instagram ialah dua anak dara Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha. Kedua-duanya tampil ayu dengan berbaju kurung lengkap bertudung. Manis dan ayunya! Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Arni sekeluarga memilih rona sedondon untuk busana raya mereka sekeluarga.
āBeberapa gambar raya tahun ni buat kenangan. Tak sempat nak upload,ā tulis Arni ringkas.
Selain terpesona dengan kecantikan Arni yang tak makan dek usia, para pengikut dan peminatnya turut teruja melihat kemeriahan serta keharmonian keluarga besarnya.
ANAK-ANAK DARA WARISI KECANTIKAN
Sedar tak sedar dah semakin dewasa puteri-puteri Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya, Puteri Aleefa dan Wan Ayesha Maserra. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa kini masing-masing berusia awal 20-an.
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Arni dengan bekas suami, Datuk Awie.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Muaādz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief.
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik.
Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua kecantikan yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
Memetik perkongsian Arni kepada Nona:-
āTiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang.
“Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,ā kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 45 tahun.
Sekadar info, sekitar 90-an Arni pernah popular dengan lagu berjudul āCinta Antara Benuaā. Kini hampir 16 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram Arni Nazira
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi, bukan main seronok lagi si comel Karl Mateen bercuti di Jepun. Macam-macam keletah! Sepertinya sekejap sungguh anakanda Datuk Mohd Haniff Borhan dan Datin Elvina ni membesar, dah empat tahun, tak lama lagi bakal jadi abang!
Dianugerahkan seraut wajah yang cantik dan lembut bukan tiket mudah untuk Datin Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, mencipta nama dalam dunia lakonan.
Sejak bergelar pelakon, kehidupan beliau juga mula meraih perhatian termasuk famili dan anak lelakinya, Karl Mateen.
Isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Mohd Haniff Borhan ini berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang sarat anak kedua. Comel betul Datin Elvina dengan baby bump!
Berusia 28 tahun, Datin Elvina sekeluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun mengumumkan anak sulungnya bakal bergelar abang tidak lama lagi.
“We can’t wait to meet our new addition soon! Karl going to be a big brothaaa… #babynumbertwo” Datin Elvina
Geramnya tengok kecomelan Karl Mateen ni, pandai berdrama ya!
SERBA BOLEH
Selain berlakon, Datin Elvina juga bergelar pengasas produk kecantikan, LāPure Beauty. Terlintas di fikiran bagaimana ibu kepada seorang anak ini membahagikan masa antara karier seni, perniagaan dan keluarga.
“Alhamdulillah saya ada pembantu dan dia memang banyak membantu menguruskan hal rumah kalau saya sibuk di set penggambaran. Lagi pun biasanya saya akan susun jadual kerja dengan teliti.
****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
****************
Contoh macam dah shoot direct 2 bulan, kemudian saya akan beritahu pengurus nak berehat sekejap seminggu atau dua untuk fokus dekat famili dan bisnes.” Datin Elvina
Untuk rekod, Datin Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Twinkle Khanna mewarisi gen cantik ibu yang juga seniwati kebanggaan India, Dimple Kapadia! Meniti usia 48 tahun, pesona bekas bintang Bollywood popular ini tetap menarik tumpuan ramai meskipun dia tidak lagi mewarnai dunia seni India.
Memetik laporan Times of India, Twinkle atau nama sebenarnya Tina Jatin Khanna memutuskan untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Bollywood, Akshay Kumar pada tahun 2001.
Sepanjang bergelar anak seni, Twinkle pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Baadshaah, Barsaat dan banyak lagi.
Yang pasti, Twinkle cukup bertuah kerana mewarisi darah seni dan kejelitaan kedua-dua orang tuanya.
Dia merupakan anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat Bollywood kerana memiliki rupa paras kacak dan cantik selain berbakat besar dalam industri lakonan.
Nama Dimple Kapadia misalnya masih menjadi bualan hingga ke hari ini kerana kecantikan wajah yang dimiliki. Walau sudah meniti usia 60an namun rupa paras pelakon filem terkemuka, Bobby ini kekal anggun.
Tidak hanya mewarisi gen cantik, Twinkle juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapa tersayang iaitu tanggal 29 Disember. Kelahiran Twinkle pada hari lahir ke-31
Rajesh Khanna benar-benar mengubah kehidupan lagenda Bollywood tersebut.
Selepas bersara daripada bidang lakonan, bekas aktres ini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Selain aktif menulis di blog popularnya, Twinkle juga merupakan kolumnis, penerbit filem, hos dan penulis buku berjaya.
Dia turut dilaporkan melanjutkan pengajian Masters in Fiction Writing di University of London!
Sepanjang pembabitannya dalam bidang ini, Twinkle dikenali dengan gaya penulisan santai dan penuh jenaka.
Karya pertama Twinkle āMrs Funnybonesā diterbitkan pada tahun 2015 dan ia mendapat sambutan luar biasa sehingga wanita berbakat besar ini mendapat pengiktirafan sebagai penulis wanita yang mencatat jualan buku paling tinggi di India pada tahun tersebut.
Bersandarkan kejayaan buku itu, dia kemudian menerbitkan buku keduanya iaitu The Legend of Lakshmi Prasad. Kini, Twinkle sedang dalam perancangan untuk menerbitkan
buku keempatnya!
Ternyata, Twinkle seorang wanita yang berani mengambil risiko dan mencari potensi diri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pengarah filem blockbuster Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar mahu Twinkle menjayakan watak Tina dalam filem berkenaan namun pelawaan itu ditolak secara baik dan digantikan dengan Rani Mukerji.
Pengundurannya dalam dunia seni disifatkan berbaloi kerana selain bergelar penulis buku berjaya, Twinkle juga merupakan usahawan dan pereka hiasan dalaman.
Sudah 22 tahun Twinkle berkahwin dengan Akshay Kumar dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar berusia 20 tahun dan Nitara Kumar, 10 tahun.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...