Pengacara Dayah Bakar hanya tinggal menghitung hari saja untuk diijabkabulkan dengan pilihan hati, Muhammad Hanif Hamidi, pada 29 Jun ini.
Apa yang menariknya, sebagai simbolik hari bahagia mereka, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, turut mencipta lagu berjudul Imamku yang ditujukan khas kepada bakal suaminya itu. Lagu tersebut sebenarnya sudah dicipta gadis ini kira-kira empat tahun lalu. Rupa-rupanya dalam diam Dayah sudah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi. boleh tahan juga suara Dayah Bakar ni.
Romantiknya juga kan bila boleh buat lagu untuk bakal suami. #feelinglove sangat! Apa yang dapat diulas, lagu Imamku ini sangat puitis dan liriknya pula menceritakan tentang impian seorang gadis untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan.
Jom dengar lagu yang dicipta sendiri oleh Dayah Bakar ni bersama.
https://www.youtube.com/watch?v=nn-nURIMjms
Tujuh Bulan Selepas Kehilangan Bonda Tersayang, CHEF WAN Pula Diduga Dengan Kanser Limfoma
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian beliau di laman Instagram, kanser limfoma yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan beliau masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Chef Wan, 65 tahun menambah kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran sama.
Pada 11 Januari lalu, bonda tersayang Chef Wan, Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.
KULIT KEPALA Gatal-Gatal Bukan Sebab Kelemumur, Ini Sebabnya!
Kulit kepala yang gatal-gatal sebenarnya adalah gejala yang berpunca daripada keadaan yang bukan saja disebabkan oleh kelemumur. Beberapa hal berikut juga boleh menjadi punca kepada kegatalan kulit kepala.
REAKSI ALERGI
Kebiasaan mewarna rambut boleh menjadi punca gatal kulit kepala. Bahan kimia daripada produk pewarna rambut yang menyebabkan alergi pada kulit kepala. Bukan saja pewarna bahkan produk-produk rambut lain pun boleh menjadi punca alergi seperti syampu, perapi dan minyak rambut.
Elak menggunakan banyak produk sekaligus, cuba satu produk dulu selama seminggu. Minggu berikutnya barulah boleh mencuba produk lain dan lihat hasilnya. Adakah ia mengakibatkan alergi pada kulit kepala anda.
JARANG CUCI RAMBUT
Sebaiknya lakukan 2-3 hari seminggu. Jika tidak, semua minyak semula jadi dan kotoran akan terkumpul di akar dan kulit kepala seterusnya menyebabkan kegatalan. Pastikan anda mencuci rambut mengikut rutin.
Air dan buih yang terhasil semasa mengurut kulit kepala mampu melarutkan minyak berlebihan dan kotoran yang terkumpul pada rambut dan kulit kepala.
KULIT KEPALA KERING
Bagi anda yang mempunyai rambut kering mungkin anda merasakan mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala semakin kering. Anda silap kerana ia membantu melembapkan rambut kering. Gunakan rawatan khusus rambut kering dengan tambahan perapi bagi melembapkannya hingga ke akar rambut dan kulit kepala.
PSORIASIS
Kulit kepala yang gatal juga berpunca daripada keradangan akibat psoriasis yang sering muncul di kalangan orang dewasa. Ia ditandai dengan kulit kepala yang berkerak dan kemerahan. Keadaan ini muncul ketika sistem kekebalan badan sedang lemah. Namun stres, jangkitan dan cuaca kering serta kering boleh menjadi punca.
KUTU
Kutu kepala boleh muncul dalam bentuk haiwan atau telur. Kedua-duanya menyebabkan rasa gatal di kulit kepala. Jika anda mengalaminya gunakan syampu penghilang kutu atau potong pendek saja rambut.
JANGKITAN KULAT
Biasanya terjadi ketika produk perawatan penjagaan rambut seperti syampu dan perapi tidak dibilas dengan bersih ketika mencuci rambut. Sisa produk akan tertinggal di kulit kepala. Jika anda mengalami masalah ini segeralah bertemu doktor.
IKAT RAMBUT TERLALU KUAT
Selain menyebabkan keguguran rambut, mengikat rambut terlalu kuat apatah lagi dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan rasa gatal di kulit kepala. Membuat pelbagai gaya ikatan rambut dan memakai estension rambut akan menarik folikel rambut. Saraf dan otot di sekitar rambut akan tertarik sehingga membuatkan kulit kepala gatal dan sakit.
LIMFOMA
Rasa gatal kerana limfoma cenderung untuk menjadi lebih serius yang akan diiringi dengan pembengkakan kelenjar. Baik lelaki mahupun wanita berisiko mengalaminya terutama menginjak usia 50 tahun ke atas.
Sekejap Dah 3 Tahun, Comelnya Anak ke-5 DS Zizie Izette, Aalisa Belle Izette
Masa berlalu begitu pantas. Sekejap dah 3 tahun usia anak yang ke-5 Datin Sri Zizie Izette. Seronok melihat telatah comel Aalisa Belle Izette seperti yang dikongsi oleh Datin Sri Zizie Izette saat meraikan ulang tahun kelahirannya ke-3 tempoh hari.
Anak bongsu yang mesra di sapa Cicabelle itu juga kelihatan begitu ceria meraikan ulang tahun kelahirannya pada 1 Mac lalu. Memang comel sungguh puteri kelima Datin Sri Zizie dan suaminya YB Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin menggayakan gaun berwarna merah jambu itu.
Datin Sri Zizie turut menitipkan ucapan bersempena hari istimewa buat anak kesayangan yang mewarisi kulit putih gebu dan kejelitaannya itu.
“Happy Birthday to the most cheeky, independent, strong, opinionated, stubborn, not so easy to please and fierce young lady here Ms Cicabelle.
Mommy loves you so much Cica, you are mommy’s strength and happiness!! Here’s to a bright, healthy and exciting future.
Happy 3rd birthday baby girl. You will always be my baby,” tulis Datin Sri Zizie di laman media sosial milik peribadinya. Sekejap dah 3 tahun usia Cicabelle ni.
Selebriti yang pernah berlakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini memang sentiasa ceria jika bersama anak-anak tersayang.
Teringat keriuhan sewaktu mengabadi foto Datin Sri Zizie bersama Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette sebagai penghias kulit Majalah Nona edisi Oktober 2020.
Teruja melihat 5 kanak-kanak comel ini yang begitu sporting memberikan pose terbaik dan mendengar kata ibu mereka benar-benar mencipta momen terindah.
Seronok melihat cara Datin Sri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini. Bila ditanya tentang perasaannya melahirkan anak di usia 40 tahun, jawabnya, “Saya melahirkan Aalisa di usia 40 tahun.
Saya tak tahu mengapa ramai wanita yang takut mengandung di usia 40. Pada pandangan saya mungkin ramai wanita takut sebab mereka ada masalah kesihatan. Saya tahu tahap kesihatan saya dan selalu buat medical check-up.
So far, saya tidak mempunyai masalah ketika mengandung seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Jika kita tidak mempunyai sebarang penyakit, insyallah sepanjang tempoh mengandung itu akan dipermudahkan,” ujar Datin Sri Zizie yang mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh berpantang.
Baca juga; DATUK DIRA ABU ZAHAR Selebriti Pertama Bergelar YB