Tahniah Nona ucapkan kepada Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid dan isteri, Husna Mohd Zahry kerana bakal menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh isteri kepada penceramah bebas yang ‘sempoi’ itu di laman instagram sekali gus meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6 pada 23 Ogos 2018.
“Tiada siapa kata kehidupan sebuah perkahwinan adalah mudah. Dalam pada masa 6 tahun, kami telah berkongsi banyak suka dan duka”, tulisnya.
Siapa sangka penceramah seperti Ustaz Don ni, sebenarnya merupakan seorang yang sangat romantik terhadap isterinya. Bagi meraikan hari bahagia itu, Ustaz Don membuat surprise dengan membawa isterinya makan tengah hari di sebuah hotel di Putrajaya.
Sebelum ini, Husna yang merupakan seorang doktor, turut pernah mendapat kejutan daripada Ustaz Don di tempat kerjanya sempena hari jadi. Wah, seronoknya selalu dapat kejutan daripada suami tercinta.
Ustaz Don dan Husna berkahwin pada 23 Ogos 2012 dan kini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Bertuahnya Husna dapat suami yang sweet macam Ustaz Don ni. Semoga hubungan kalian berdua kekal ke jannah.
Ruginya! ‘ABC’ 10 Terakhir Ramadan, Tapi Berpeluang Jumpa Malam Lailatul Qadar Jika…
Kita sudah pun masuk dalam 10 akhir Ramadan yang telah dijanjikan pahala berlipat kali ganda. Kalau melakukan amalan sunat boleh dapat pahala wajib dan jika melakukan amalan wajib pula pahala berganda-ganda sedang menanti.
Dalam keghairahan merebut pahala tiba-tiba ‘Allah Bagi Cuti’ (ABC) kepada kaum wanita. Terasa hampa dan rugi sangat kerana tak berpeluang untuk mendapat pahala berlipat kali ganda apatah lagi untuk bertemu dengan malam Lailatulqadar.
Usah risau wahai kaum wanita yang ABC ketika 10 terkahir Ramadan kerana kita juga boleh berusaha untuk meraih pahala seperti mana mereka yang tidak uzur. Ini seperti yang dikongsi laman Twitter oleh Abu Aufa atau nama di laman Twitternya @AzlinMuhammad yang telah retweets sebanyak 12.1 ribu.
“Kalau kita ‘uzur’ pada 10 terakhir Ramadan, apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?
Jangan risau wahai golongan wanita. Walaupun anda tak dapat puasa, solat dan membaca Al-Quran pada 10 akhir Ramadan, masih banyak amal kebaikan yang boleh dimanfaatkan.
1. Menyediakan makanan berbuka
Boleh sediakan makanan untuk sesiapa sahaja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun dah dapat pahala orang yang berpuasa dah.
Kalau tak sempat masak. Boleh beli sahaja. Berikan untuk orang lain berbuka puasa.
2. Menyediakan makanan sahur.
Selain mendapat pahala memberi makan orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur untuk dengan qiamulail.
Qiamulail tak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Doa banyak-banyak, waktu mustajab ni.
3. Menjauhi larangan agama.
Jangan kerana tidak puasa, terus lalui hari 10 terakhir Ramadan dengan perkara yang lalai dan sia-sia.
Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan anggota badan daripada perkara yang dilarang.
4. Banyakkan berdoa dan berzikir.
Sepanjang bulan Ramadan adalah waktu mustajab berdoa.
Lebih-lebih lagi ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa.
5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan.
Ingatkan ahli keluarga yang lelaki supaya solat fardhu dan solat terawih berjemaah di masjid.
Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli kleuarga lain untuk beribadat.
6. Menyibukkan diri menuntut ilmu.
Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaan Al-Quran, mmebaca tafsir Al-Quran dan sebagainya.
Yan penting, dapat menambahkan amala kebajikan dan manfaat buat diri.
7. Banyakkan bersedekah dan derma.
Nabi Muhammad SAW sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Rebutkan pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan dengan bersedekah.
Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Perbanyakkan sedekah.
Kesimpulannya, Islam ialah agama yang mudah dan memudahkan. Islam ialah agama yang meraikan penganutnya.
Kepada kaum hawa, masih terbuka luas peluang untuk merebut pahala ibadat 10 malam terakhir Ramadan,” kongsinya.
“Sudahlah… Untuk Menjadi Isteri Perdana Menteri, Saya Sudah Puas” Tun Dr Siti Hasmah Cemas Suami Dipeluk
Sanjungan penulis terhadap Tun Dr. Siti Hasmah tumbuh sejak zaman persekolahan lagi. Beliau mendukung karakter seorang isteri pemimpin yang sebenar, yang sentiasa menyokong jatuh bangun kerjaya suami tanpa jemu. She is beside him, she is with him, not behind him.
Sejak perkahwinan mereka 66 tahun lepas, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengakui bukan mudah bergelar isteri kepada negarawan itu.
“Dari awal lagi saya sentiasa memberi sokongan penuh tapi saya tak mahu bersaing dengannya. Apabila kami walkabout ke mana-mana, selalunya orang akan nampak Tun Dr Mahathir saja. Tak nampak saya.
Saya pasti akan ke belakang bagi memberi peluang rakyat berjumpa dengannya.” Tun Dr Siti Hasmah
Wanita berusia 96 tahun ini ketika ditemu bual menerusi program ‘Mak Untuk Malaysia’ anjuran Sinar Harian Online mengakui, di usia sekarang, beliau bersifat lebih melindungi (protective) suami tercinta.
“Sebagai isteri menjadi tanggungjawab saya untuk memantau kesihatan suami sebaik mungkin.
Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik. Jadi bila beliau ke mana-mana, saya akan iringinya.
Ada kala saya bimbang bila beliau dikerumun orang ramai. Saya minta maaf sekiranya pernah menegur sesiapa yang pernah datang dekat.
Apa yang saya buat untuk memastikan beliau tidak jatuh sakit memandangkan di usia sekarang, saya harap masyarakat di luar sana faham.” Tun Dr Siti Hasmah
CEMAS
Berkongsi pengalaman, Dr Siti Hasmah mendedahkan pernah berdepan detik cemas apabila Dr Mahathir hilang dari pandangan ketika sambutan Hari Merdeka pada Ogos lalu.
“Beliau mungkin nampak okey dan bertenaga, kuat berjalan, ketika berada di luar tetapi bila di rumah, saya sahaja yang nampak keadaan beliau sebenar.
Baru-baru ini ketika sambutan Hari Merdeka saya cemas bila beliau hilang dari pandangan saya. Bukan setiap masa tetapi ada kala saya halang untuk orang ramai datang dekat, jangan peluk dan sebagainya. Semuanya demi menjaga kesihatan beliau.
Bantu saya untuk jaga suami saya.” Tun Dr Siti Hasmah
Menjawab soalan sama ada beliau bersetuju sekiranya suaminya sekali lagi bergelar Perdana Menteri dengan tenang Dr Siti Hasmah menjawab…
“Sudahlah… untuk menjadi isteri Perdana Menteri, saya sudah puas.”
Beliau juga mengakui bukan mudah mendampingi seorang suami yang bergelar Perdana Menteri Malaysia.
“Waktu muda dulu okey sebab waktu itu penglihatan saya masih baik dan badan juga cergas. Tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri juga memerlukan saya turun padang untuk bermesra dengan masyarakat. Tempoh 22 tahun bukan sekejap.
Lebih penting sekarang, saya mahu menemani dan akan terus menjaga kesihatan beliau agar terus sihat.” Tun Dr Siti Hasmah
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
“Sebagai Anak Menteri Pendidikan, Saya Akui Tertekan” Anak FADHLINA SIDEK Raih 9A Dalam SPM, Tahniah!
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek sebentar tadi berkongsi hantaran di Facebook miliknya di mana beliau meluangkan masa menemani anak sulung, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada hari ini.
YB Fadhlina tiba di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bandar Sri Permaisuri Cheras sekitar jam 10 pagi. Beliau meluangkan masa lebih satu jam dengan duduk di kerusi bahagian ibu bapa sebelum meninggalkan lokasi jam 11.40 pagi.
“Pagi ini saya bersama suami hadir mengambil keputusan anakanda sulung saya di sekolah.
“Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki dari Allah subhanahu wa ta’ala, anakanda Thurayya Fadhilah berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun 2022.”
Beliau turut mengambil peluang beramah mesra dengan para pelajar cemerlang yang diraikan pada Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau turut meluahkan rasa terharunya atas kejayaan anaknya itu.
“Sebagai ibu, saya sangat terharu dengan kejayaan ini kerana saya tahu jerih perih usaha yang telah anakanda berikan dan terhadnya masa dan perhatian yang saya luangkan untuk bersamanya menghadapi tahun-tahun yang mencabar ini.”
Sementara itu, Thurayya Fadhilah yang memperoleh 9A dalam SPM meluahkan rasa syukur dengan keputusan itu. Dia juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas ini.
“Sebagai anak Menteri Pendidikan dan anak sulung pula, saya akui tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.
“Bagaimanapun ibu sentiasa memberi sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh.
“Sambil peluk, ibu ucapkan tahniah kepada saya,” luah Thurayya Fadhilah.
Dalam pada itu, Thurayya Fadhilah turut merakamkan penghargaan buat semua guru yang pernah mengajarnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Harapannya agar kejayaan itu menjadi suntikan semangat dan contoh buat empat adiknya yang lain untuk berjaya dalam akademik.
Ini pula harapan YB Fadhlina buat anak sulungnya itu: –
“Semoga anakanda terus berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.”
Semoga Thurayya Fadhilah terus berjaya pada masa akan datang dan sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa.
Sumber: Sinar Harian
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona