Mesra dan romantisnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza di samping suami tercinta! Ogos nanti pasangan suami isteri popular berkenaan bakal menginjak usia perkahwinan yang ke-18.
Meskipun sudah hampir dua dekad hidup bersama, kemesraan di antara Dato’ Sri Siti dan Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa tidak pernah pudar.
Tanggal 18 Februari lalu, Datuk Sri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K genap meniti usia 65 tahun. Biarpun meniti usia 60an namun usahawan kelahiran Kedah ini seorang yang aktif dan kekal berstamina.
Berkongsi momen indah bersama suami sempena ulang tahun kelahiran ke-65 baru-baru ini, penyanyi nombor satu tanah air tersebut memuat naik foto romantis sambil memeluk erat Datuk K di sebuah restoran.
Titip Dato’ Sri Siti Nurhaliza, “Selamat ulang tahun kelahiran sayang. Semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.”
Dato’ Sri Siti dan Datuk K sah bergelar suami isteri pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan dan persandingan mereka disiarkan secara eksklusif di kaca televisyen dan mendapat perhatian masyarakat.
Pasangan ini akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung yang juga seorang anak perempuan dinamakan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Berita kehamilan Dato’ Sri Siti meraih liputan luas dan mengundang reaksi teruja daripada peminat.
Tiga tahun kemudian, Dato’ Sri Siti dan Datuk K menimang cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki yang dinamakan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
This website uses cookies.