ROZITA CHE WAN Kembali Aktif Di Twitter, Beri ‘Amaran’ Kepada Netizen

Wah, nampaknya Mummy kepada Aaisyah Dhia Rana ni sudah mahu mula aktif kembali menggunakan laman Twitter sebagai medium untuk berkomunikasi bersama peminat dan mungkin juga haters nya. Opps!

Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta turut memberi ‘amaran’ kepada pengguna yang selama ini suka bercerita tentang dirinya.

“Hi, Ini official twitter account Rozita Che Wan. Hati-hati hampa semua yang dok tweet pasal kami “, tulis Che Ta di laman Twitter.

Selain itu, Che Ta turut memberi nasihat kepada pengguna tegar laman twitter untuk bersama-sama menggunakan kemudahan berkomunikasi ini dengan cara yang bijak dan menjaga aib masing-masing.

“Hidup ini bukan semua untuk dipamerkan buat tatapan umum. Ada yang perlu disimpan rapi cukup buat tatapan dan kenangan peribadi. Jangan sampai terlalu taksub dan hadap mahukan perhatian seluruh semesta hingga mengabaikan maruah seseorang”.

“Begitulah dalam kita rancak bermain sosial media, jangan semua dilihat sewenang wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai. Adakalanya kita lupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia”.

“Sama sama kita istiqomah dan bijak menggunakan media sosial. Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam”,tambah Che Ta lagi.

 

Sukanya baca tweet Che Ta yang penuh dengan kata-kata nasihat. Tak sabar nak tunggu nasihat Che Ta yang seterusnya kepada netizen yang semakin ‘mengganas’ menggunakan laman sosial sekarang ni.

IKLAN
Share