Rozita Che Wan Luah Sakit Hati Tengok Sikap Orang Malaysia Bergasak Keluar

Masih ada lagi mereka yang degil dan tidak menurut arahan Perintah Kawalan Pergerakan #stayathome. Buat kenduri, makan di kedai, berkumpul ramai-ramai dan bersiar-siar sesuka hati. Sehinggalah kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas hingga memaksa pasukan tentera turun padang untuk memantau keadaan ini.

Tolonglah rakyat Malaysia, 14 hari sahaja tinggal dalam rumah. Kita inginkan keadaan kembali pulih. Nak lagi makin menghampiri Ramadan, semua orang nak pergi terawih dan sebagainya. Jangan disulitkan keadaan ini lagi!

Sempat bertanya tentang situasi ini pada selebriti ratu bulu mata, Rozita Che Wan sendiri mengaku dia menghadkan pergerakan untuk ber-OOTD

di luar rumah. Namun, itu bukan alasan untuk dia pencen bergaya, Che Ta masih lagi berkongsi foto-foto menarik di dalam rumah bersama suami dan anak-anak menerusi akaun Instagramnya.

“14 hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masanya kami yang sentiasa sibuk keja, tak lekat di rumah dan sekarang patuh dok di rumah. Time ni lah baru nampak muka anak sorang demi sorang yang selalunya bayang pun tak nampak,” jelasnya ketawa.

“Suami kami, Zain pula seorang yang jenis mengikut arahan. Dia tak akan bagi siapa-siapa pun keluar dan datang rumah. So far dan insyaAllah untuk hari-hari seterusnya memang kami enjoy stay at home dan pastinya saya akan merancang pelbagai aktiviti keluarga.”

Si comel Aaisyah pula tak merungut atau bosan tinggal di rumah tanpa aktiviti luar? “Aaisyah ok je, janji mak pak dia ada kat rumah. Dia faham dengan keadaan yang berlaku sekarang. Kalau ada siapa yang batuk dia akan cakap corona virus

la tu.”

Tapi yang sedihnya Che Ta, masih ada yang tak faham atau buat-buat tak faham. Macam acuh tak acuh dengan tindakan yang kerajaan laksanakan ini. Komen Che Ta?

“Emmm… Saya sakit hati dengan segelintir rakyat Malaysia yang tak bijak, tak faham arahan! Kalau situasi ini not getting better takut nanti kena perintah berkurung terus. Ini semua boleh lumpuhkan ekonomi negara. Depa yang makan gaji tak pa la, kita yang dok meniaga ni sedikit sebanyak terjejas.

Perintah Kawalan Pergerakan bukan nak suruh kita balik kampung, bawa balik wabak tu ke kampung! Faham ke tidak. Depa tak nampak virus tu sebab tulah depa tak nampak betapa serius dan bahayanya keadaan sekarang. Depa ingat kerajaan suka-suka nak suruh kita melangut kat rumah. Kerajaan buat supaya virus ni dapat di bendung. Tapi yang korang bergasak keluar juga dah kenapa???

Ni ikhlas saya nak pesan, cuba jaga diri dan elak terkena jangkitan corona virus ni. Kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, hospital pun dah penuh. Tak ada tempat untuk kita. So berhati-hatilah… Stay where u are!” ujar Che Ta tegas. Foto: Instagram @rozitachewan1. Kiffy Razak

Share
Published by
Norzalina