Hujung minggu adalah waktu paling sesuai untuk mengemas rumah termasuklah ruang stor yang jarang-jarang sekali digunakan kecuali jika hendak menyimpan barang-barang yang sudah tidak dipakai atau rosak.

Ads

Jangan dibiarkan ruang ini tidak dikemas kerana ia bukan hanya mengundang habuk bahkan serangga mahupun tikus! Berikut cara mudah untuk merapikan ruang stor di rumah. Barang-barang yang disimpan pun lebih terjaga dan mudah dicari.

MENYUSUN ATUR BARANG

Sebaiknya dibuat secara keseluruhan. Periksa barang-barang satu persatu. Kalau boleh keluarkan dulu semua barang di dalam stor. Cara ini dapat mengenal pasti mana yang masih elok, mana yang sudah rosak dan boleh dibuang agar tidak menyesakkan ruang stor.

PISAHKAN BARANG YANG BESAR DAN KECIL

Kumpulkan barang-barang mengikut saiz dan fungsi untuk memudahkan anda mencarinya ketika diperlukan. Susun barang-barang bersaiz besar di bahagian belakang dan yang bersaiz kecil di depan.

GUNAKAN RAK ATAU ALMARI

Ads

Simpan barang-barang di dalam almari atau rak agar lebih kemas, tersusun rapi seterusnya mudah untuk dibersihkan.

Ruang Kediaman Lebih Luas & Tersusun Jika 5 TIP KEMASAN RUMAH Ini Yang Dipraktikkan!

Ads

GUNA BEKAS DAN LABELKAN

Kemas barang-barang di dalam bekas mengikuat kumpulannya. Bagi mengelakkan anda daripada tersilap ambil, setiap bekas itu boleh dilabelkan mengikut fungsi dan jenisnya.

BERSIHKAN SECARA BERKALA

Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk membersihkan ruang stor secara berkala. Pastikan juga aliran keluar masuk udara dan cahaya matahari dalam keadaan baik agar ruang stor tidak berbau. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI