Suka tengok dekorasi dan hiasan kediaman milik pempengaruh wanita ini. Pilihan rona putih nyata berjaya membuatkan ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Tambahan pula, perabot dan perhiasan yang dipilih serba minimalis serta moden.
Terinspirasi dengan cara Nur Syamimi menghias rumah flat miliknya yang bersih dan tersusun cantik. Automatik terus nampak gah, mewah dan eksklusif!
Bersandarkan pengaruhnya yang mempunyai lebih 700 ribu pengikut di TikTok dan ratusan ribu followers di Instagram, tidak hairanlah Syamimi menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Seperti diketahui umum, kediaman sebuah rumah flat yang berkeluasan sekitar 850 kaki persegi dan ke atas mengehadkan kreativiti penghuni rumah untuk menghias rumah mereka.
Pun begitu, ia tak menjadi halangan buat Syamimi untuk menjadikan mahligai yang dihuni seisi keluarga sebagai ruang tempat berteduh yang selesa didiami.
Meskipun dikecam warga maya kerana dikatakan tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini ada jawapan tersendiri.
Malah menerusi perkongsian di Instagram, Syamimi menjelaskan dia terpaksa berhenti belajar selepas ibunya meninggal dunia dan sejak itu dia perlu menanggung kos pembelian rumah berkenaan.
“Ummi baru berapa bulan beli rumah ni dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun,
seorang diri di KL supaya Ummi tenang di ‘rumah baru’.
Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak explain pada strangers. Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ni, saya perlu ‘ditemu duga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ni.
Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Hidup saya kelihatan sempurna sebab saya ‘dream about it’, ‘to be like this’. Apa yang terlihat hari ini, ini cara saya merealisasi ‘mimpi’ itu.”
Banyak dugaan yang ditempuh Syamimia dan dia enggan membuka kehidupan susahnya untuk meraih simpati. Apa-apa pun, Nona kagum dengan semangat dan kreativiti Syamimia menghias kediaman.
Memang ada ‘taste’, estetik dan eksklusif. Sejuk mata memandang. Perkakasan dan hiasan yang ada dalam rumah pun tersusun kemas.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/impian-suami-jadi-presiden-filipina-terkubur-kediaman-gaya-hidup-mewah-jinkee-pacquiao-jadi-tumpuan/
This website uses cookies.