Semenjak bergelar ibu pada 16 Ogos tahun lalu, minat pereka fesyen Muslimah dari Indonesia, Dian Pelangi merias puteri sulungnya sering menarik perhatian.

IKLAN

Dian Pelangi atau nama penuhnya Dian Wahyu Utami, 30 tahun, pernah tersenarai dalam Forbes 30 under 30 pada tahun 2018. Nama pereka ini masyhur di kalangan komuniti Muslimah muda di Malaysia, Singapura, Brunei dan Timur Tengah.

Bermula dari pementasan di Jakarta Fashion Week, label Dian Pelangi Fashion kemudian berkembang ke seluruh dunia termasuk ke pentas New York Fashion Week, Paris Fashion Week dan juga London Fashion Week.

Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Dian Pelangi berasal dari Palembang, Indonesia
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Karya Dian Pelangi telah dipentaskan di seluruh dunia

Maika Rumaisha Al Aqsa Nasution atau Rumi merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya dengan Sandy Nasution, dan kini baru memasuki usia enam bulan.

Rumi dilahirkan ketika wabak COVID-19 menular hebat di Indonesia. Sebaik dilahirkan, foto pertama Rumi memakai face shield lucu ini cukup mencuit hati,

“Hadza min Fadhly Rabbi. This is by the grace of my Allah. Alhamdulillah. Assalamu’alaikum world, please say salaam to baby Rumi,” – Dian Pelangi

Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Baby Rumi
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
‘Malaikat kecil’ Dian Pelangi
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Alahai, geramnya tengok Ru!

Ru, panggilan sayang Dian kepada puteri comelnya. Pereka fesyen terkemuka Indonesia itu sudah mula memakaikan pelbagai pakaian bayi yang fashionable sejak Ru dibawa pulang ke rumah.

IKLAN

Kecil-kecil lagi Rumi dah #OOTD dengan bedung comel. Malah sempena perayaan Hari Batik Nasional 2020 (Indonesia), sang Mama sempat membedung anaknya dengan kain batik rona pink pastel. Comelnya!

Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Rumi pun pandai senyum depan kamera!
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Mini Dian Pelangi
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Ru membesar semakin sihat dan gembira

Minat Dian Pelangi yang tumpah pada bidang fotografi turut mempengaruhi gaya si comelnya di depan kamera. Foto Rumi kebanyakannya berkonsepkan warna-warna pastel dan lembut seperti pink, krim, coklat muda dan kuning.

IKLAN

Look how happy she is. Alhamdulilah yaa Nak, tak terasa sudah enam bulan perjuangan menyusu badan. Kerana Ru tak mahu memakai botol susu (selalu direct breastfeed, setiap masa) tak pernah kurang, tak pernah lebih, tak pernah sampai berplastik-plastik but just nice.

Semoga Allah lancarkan terus penyusuan susu ibu sampai Ru dua tahun nanti. Selamat makan sayang,” tulis Dian Pelangi sempena usia Rumi memasuki enam bulan.

Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Ru dah 6 bulan!
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Ikon fesyen Muslimah dan puteri kesayangan
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian
Satu keluarga pakai baju sedondon, so sweet!

Semoga Baby Ru terus membesar menjadi puteri yang solehah dan taat pada kedua ibu bapanya. Memang gembira sangat tengok kebahagiaan keluarga harmoni ini, terasa cita rasa seni Dian bagai mengalir pada setiap foto-foto yang dikongsikan!

Foto: Instagram Dian Pelangi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI