Rupa Moden PUTERI DISNEY Jika Mereka Hidup Pada Tahun 2017, Yay Or Nay?

‘…and they lived happily ever after.’

Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.

Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.

Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?

Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops

, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.

Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias

(1) Mulan

(2) Belle

(3) Ariel

(4) Jasmine

(5) Pocahontas

(6) Snow White

(7) Cinderella

Share
Published by
Norzalina