Awal pagi itu seperti yang direncana, kelibat personaliti popular pada era 90an ini sudah kelihatan di perkarangan Kompleks Karangkraf. Bertemankan tas tangan mewah Louis Vuitton di genggaman bersama padanan celana denim dan blaus bercorak polka dot biru muda serta selendang Arzu berona senada, Mas Anizan hadir dalam gaya yang cukup versatil.
Dari kejauhan terlihat susuk tubuh bekas penyanyi dan aktres ini persis seperti gadis perawan. Senyuman manis yang terukir tatkala menyambut salam penulis menampakkan sisi mesra pemilik nama sebenar Mas Anizan Mohd Shahid.
Sungguhpun sudah mencecah usia 40an kecantikan Mas Anizan masih terserlah. Kejelitaan dan kemulusan kulit beliau bukan hanya mencuri perhatian penulis malah turut diakui jurusolek, Tiar Zainal yang menata rias wajah Mas sepanjang sesi fotografi untuk penghias muka depan Nona November 2015 itu berlangsung. Terkesima mendengar pujian kami, Mas tidak henti-henti melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan ilahi kepada dirinya.
“Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet. Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Ads
Bersama anak perempuannya, Mas Aliza
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah. Aktiviti bersenam pula lebih banyak dilakukan di gym rumah apabila ada masa terluang.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah. Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Ads
Ads
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kehebatan Mas Anizan tidak hanya ketika berada di pentas lakonan. Sebaliknya beliau juga cukup berbakat dalam urusan memasak. Sungguhpun mempunyai pembantu rumah, namun seboleh-bolehnya Mas akan menyediakan hidangan untuk keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bahkan, memasak juga merupakan antara hobi yang akan dilakukan Mas sekiranya punya masa terluang.
“Sejak berkahwin, saya memang gemar memasak dan suka mencuba pelbagai jenis masakan yang berbeza setiap hari. Kalau ada masa senggang, saya akan baking bersama anak-anak. Masa itu, gamatlah satu dapur. Pernah satu ketika, sajian yang dibuat tidak seperti yang diinginkan. Mungkin kerana kami leka berbual hingga terlupa tentang masakan tersebut.
Selalunya, setiap minggu menjadi rutin kami anak-beranak untuk keluar bersama. Tidak kiralah sama ada pergi menonton wayang atau beriadah asalkan aktiviti kekeluargaan itu ada. Paling tidak pun, saya akan luangkan masa bersama adik-beradik dan kenalan rapat serta anak-anak,” cerita Mas yang mahir menyediakan masakan asam pedas dan bubur lambuk kesukaan suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Datuk Sheila Majid dikurniakan rupa paras awet muda dan tak makan dek usia. Genap berusia 58 tahun pada 3 Januari lepas, isteri Hasridz Murshim Hashim atau lebih dikenali sebagai Acis kelihatan sihat bertenaga dan cantik dalam kelas tersendiri.
Melihat susuk tubuh kecil moleknya pasti ramai tidak sangka Datuk Sheila bakal menghampiri usia 60.
Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan, Ratu Jazz ini tidak sekadar menghiburkan peminat dengan kelunakan suara. Malah dikagumi kerana pandai jaga badan dan kekal menawan.
Tidak hairanlah pada usia lewat 50an, Datuk Sheila memiliki stamina yang baik kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini dilihat aktif dengan rutin senaman pilates.
Bukan itu saja, Datuk Sheila juga amat menitikberatkan soal diet makanan. Memetik kenyataannya kepada media tidak lama dulu, jelitawan ini menjadikan ibunya sebagai idola terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat.
“Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga, Hanya sekali-sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
Datuk Sheila merupakan antara selebriti yang selesa tampil tanpa solekan tebal di wajah. Selain memastikan mekap tidak berada di wajah mulusnya terlalu lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Makin meningkat usia, makin cantik Ziana Zain! Menginjak usia 55 tahun pada 2 Mei ini, memang tak dinafikan raut wajah Ziana Zain mirip selebriti cantik antarabangsa, Jennifer Lopez atau JLo.
Apatah lagi ketika Ziana bercuti ke Amsterdam pada awal Mac lalu. Walau bergaya santai, kakak Anuar Zain ini menerima pujian peminat yang berkali-kali menyamakan wajah cantiknya persis ‘kembar’ JLo.
Mengamati foto percutian Ziana atau mesra disapa Kak Gee yang dikongsikan di media sosial miliknya, memang terserlah kejelitaan pelantun lagu Madah Berhelah tersebut.
Meskipun sudah berusia 50an, keanggunan dan wajah awet muda Kak Gee kekal mempersona. Lebih mengujakan, foto terbaharu yang dimuat naik Ziana juga menampakkan susuk tubuhnya yang kian ramping.
Menyarung busana indah rekaan Datuk Bernard Chandran, Ziana meluahkan rasa teruja dalam kembali membuat persembahan di Persada Budaya, Wisma Geylang di Singapura baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Melaka ini turut bakal mengadakan Konsert Raya Sepanjang Zaman yang akan berlangsung pada 6 Mei ini di Dewan Filharmonik Petronas.
Antara barisan artis lain yang menjayakan konsert tersebut termasuk Bob Yusof, Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri.
Sudah pun bergelar penyanyi sejak tiga dekad lalu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada tanggal 9 Mei 1998.
Bagaimana pun mereka bercerai pada tahun 2018. Hasil perkahwinan itu, Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin mencecah usia 13 tahun. Meskipun lebih sedekad melayari alam rumah tangga, pasangan suami isteri ini semakin bahagia dan matang menempuh bahtera perkahwinan.
Marion Rose Caunter mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak yang juga pewaris Naza Group pada 17 Disember 2010. Jelitawan ini mula mencipta nama dalam dunia penyiaran sebagai pengacara, DJ dan model.
Kini Marion merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Walau sudah beranak tiga namun pesona dan kecantikannya tetap memukau. Pendek kata, penampilan dan susuk tubuh wanita berusia 43 tahun ini langsing dan menawan.
Kredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunter
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-13 baru-baru ini, Marion menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta. Bukan itu saja, dia turut mengimbau foto kenangan mereka sepanjang 18 tahun mengenali satu sama lain. Sweet!
“And finally, a belated Happy Anniversary husbandku. Our wedding anniversary actually falls on Leia’s birthday, but her big day takes precedence these days which is completely fine us as long as we’re together.
Together for 18, married for 13, it’s terribly hard to compile 18 years into a 10-slide album but here are a few pics that put a smile on my face from our recent travels together.
Kredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunter
I thank God for bringing you into my life. You’re my biggest cheerleader and number 1 fan. We have such different personalities, yet we are so similar when it comes to our beliefs and values and what we want for our kids.
I just love doing life with you. Happy Anniversary baby. Here’s to 13 years and many many more.”
Kredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunterKredit Instagram @marioncaunter
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Leia Rose yang menyambut hari lahir ke-12 pada ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka, Lana Rose berusia 10 tahun dan Liam berumur lapan tahun.
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...