Umum mengetahui penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar kini sedang mengerjakan umrah. Ini dapat dilihat menerusi hantaran serta perkongsiannya di Instagram. Dan baru sebentar tadi, Alif turut berkongsikan khabar gembira yang dia berpeluang mendekati Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa, salah seorang ulama dan agamawan terkenal.
Menerusi hantaran di Instagram nya, Alif juga sempat bergambar dengan Mufti Menk dan menganggap pertemuan dengannya sebagai satu keajaiban apatah lagi bertentang mata dengan seseorang yang banyak memberi semangat ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.
Untuk pengetahuan, Mufti Ismail Menk adalah cendekiawan Islam global terkemuka yang lahir dan besar di ‘negara tanpa lautan’ di Afrika Selatan, Zimbabwe.
“Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secara peribadi…terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar,” tulis Alif.
Malah Alif juga mendedahkan bukan mudah untuk dirinya cuba untuk mendekatk ulama tersebut. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan Alif cuba untuk mengejar tokoh agama tersebut, dan tidak menyangka usahanya dipermudahkan apatah lagi menyedari yang Mufti Menk turut mengerjakan solat di sebelahnya.
Alif turut memberitahu dia sebelum itu menonton video live Mufti Menk di Instagram yang membuatkan dia sanggup meredah lautan manusia untuk bertemu dengannya.
Masya allah, untungnya Alif Satar. Yang pasti bukan semua dapat berpeluang berjumpa Dan seterusnya bergambar dengan Mufti Menk.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
RITA SOSILAWATI Kongsi Pengalaman Lucu Bersalin Anak Keempat, Galak Ibu Bapa Buat Aqiqah & Tahnik Pada Hari Ke-7 Kelahiran!
Tahniah buat Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV), Rita Sosilawati dan suami, Khamarulazlan Mohammad Hanafiah atas kelahiran anak keempat mereka pada 19 Disember lepas. Walaupun baru 11 hari, tapi Rita nampaknya makin cergas dan ceria macam sudah habis berpantang. Luar biasa sungguh semangat Rita kali ini!
Baru selesai mengadakan Majlis Aqiqah dan Tahnik pada 25 Disember lalu, Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana cukup ramah menyambut panggilan penulis. Mengakui masih berpegang kuat kepada amalan berpantang tradisional, dia turut meluahkan rasa kagum kerana kelahiran Khalil Rizqullah dipermudahkan Allah SWT.
“Mulanya saya pergi ke hospital pukul 9 pagi kerana nak induce. Tapi, tak sangka pula akan bersalin hari itu juga sebab bila periksa laluan dah terbuka 3 cm. Walhal saya tak rasa sakit atau apa-apa langsung. Bila dah jadi macam ni, doktor hanya suruh saya dan suami untuk tunggu dan lihat. Pukul 12 tengah hari, doktor suntik epidural.
Daripada pembukaan 3 cm ke 6 cm memang mencabar, ambil masa 5 jam. Tapi untuk tunggu sampai 10 cm, hanya 10 minit saja. Alhamdulillah, sangat cepat dan sangat senang. Saya sendiri tak percaya kelahiran kali ini dipermudahkan. Tak rasa stres dan happy saja.
Lucunya, masa dalam labor room dan tengah tunggu bersalin, doktor dan suami tengah bergurau. Masa tu juga saya terteran dan bayi terus keluar dalam keadaan saya tergelak sama dengar gurauan mereka. Masing-masing pun terkejut,” kongsi Rita yang selamat melahirkan anak keempatnya itu di Prince Court Medical Centre secara normal.
Tambahnya lagi, setiap kali sebelum bersalin dia akan mengamalkan air selusuh daripada seorang ustaz. Bila pembukaan masuk 3 cm, dia akan minum air tersebut sampai habis dan selama tunggu hendak bersalin Rita akan baca surah Yassin, ayat Kursi dan 4 Qul atas katil bersalin.
Pesannya, tidak kisah apa jua bacaan surah dan ayat sekalipun asalkan boleh menenangkan perasaan. Baginya, dia hanya mampu baca sekali dan kemudian tetapkan niat kepada Allah serta teruskan perjuangan untuk bersalin pula.
Menyentuh petua berpantang yang diamalkan, selain mengikut nasihat doktor dan ambil ubat-ubatan daripada hospital dia juga ada mengambil jamu. “Saya memang amalkan jamu dari awal proses lagi untuk mengembalikan bentuk badan dan apa yang telah hilang sepanjang mengandung serta bersalin. Mungkin bagi sesetengah orang bila ibu makan jamu akan bagi kesan pada bayi. Alhamdulillah, badan saya sesuai dengan jamu ini mungkin sebab sudah amalkan sejak anak pertama lagi.
Masa pantang inilah saya akan buat sauna, mengurut, bertungku dan rutin-rutin biasa ketika berpantang. Hari kedua di hospital lagi pun saya dah minta mak bidan datang ke wad untuk urut, tak mahu badan terlalu kembang sebab saya dan suami sudah berpakat hendak ikut sunnah buat majlis aqiqah dan tahnik pada hari ketujuh selepas kelahiran. Hari ketiga, saya dah terus balik ke rumah,” terangnya yang pertama kali membuat majlis aqiqah, tahnik dan mengisytiharkan nama anak mereka pada hari ketujuh kelahiran. Kata Rita, sambutan majlis tersebut berbeza daripada sebelumnya dan sarat dengan ketenangan, keberkatan dan kerahmatan Allah. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
https://www.instagram.com/p/BdKt7ftl-Zn/?hl=en&taken-by=rita_sosilawati
Mengimbas kembali waktu mengandungkan Khalil, ibu kepada Kaisar Raees, Khalid Rashad dan Khaylila Rafaahiyah ini juga tidak mengalami sebarang alahan. Sebaliknya hanya cepat berasa letih dan kerap tidur kerana kekurangan hemoglobin sel darah merah. Pengalaman hamil anak keempat ini juga meninggalkan 1001 kenangan termasuk mengidam Thai Street Food.
“Waktu usia kandungan cecah 6 bulan, suami benarkan saya dan seorang kawan pergi ke Bangkok, Thailand semata-mata untuk penuhi keinginan selera saya. Kalau selama ini pergi ke sana untuk shopping, kunjungan waktu itu semata-mata untuk makan pulut mangga, tom yam dan macam-macam. Pergi ke floating market dan cuba menu street food mereka sampai buat researchlah,” ungkap Rita sambil ketawa.
Sebelum mengakhiri perbualan, Rita sempat memberitahu dia akan kembali aktif mengendalikan perniagaan NV tahun depan dengan memberi tumpuan promosi produk masker. Selain itu, wanita berjiwa besar ini juga bakal mengeluarkan koleksi tas tangan Victoria Sloane musim lebaran, sekitar bulan April depan sebelum Ramadan.
TikTok Rai Kreativiti Pencipta Kandungan, KHAIRUL AMING Dinobat ‘Creator Of The Year’
TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, telah meniti satu titik sejarah yang bermakna di negara ini, dengan anjuran TikTok Awards yang julung kali diadakan di Malaysia – meraikan kreativiti, inovasi, dan citra semangat komunitinya. Acara anugerah ini telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada tanggal 27 Ogos 2023, bagi meraikan para pencipta konten yang giat memahat tanda aras baharu serta mencorak industri kreatif dan penciptaan konten di Malaysia.
Sejak ditubuhkan, TikTok merupakan platform yang memupuk semangat ekspresi kreatif, tulen dan positif, serta membentuk sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video. TikTok Awards 2023 membuktikan impak yang dicetus oleh para pencipta konten ini, yang bukan sahaja memberi ilham kepada jutaan individu, tapi juga memberi definisi baharu kepada kegiatan pembikinan konten digital. Biarpun bakat dan minat pencipta konten ini diperlihatkan melalui skrin kecil, tetapi impak mereka ke atas pelbagai komuniti melangkaui video-video yang disajikan di FYP para pengguna, menunjukkan betapa BESAR-nya mereka di sebalik skrin kecil itu. Dianjurkan beberapa hari sebelum Hari Kebangsaan Malaysia, TikTok Awards 2023 dilihat sebagai bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan yang telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia melalui perkongsian kreativiti di samping membawa keceriaan.
“Setiap pencipta konten mempunyai cerita mereka sendiri dan TikTok merupakan wadah untuk mereka berkongsinya dengan kreativiti mereka tersendiri. Berasal dari pelbagai latar belakang, para pencipta konten ini berjaya menempa nama dan kejayaan di TikTok, melalui video-video informatif, konten hiburan, atau yang melibatkan perniagaan – yang semakin dikenali sebagai ‘Shoppertainment’. TikTok Awards bukannya sebuah acara semata-mata, tetapi merupakan kemuncak bagi perjalanan para karyawan TikTok yang diorak setiap hari, dan kami sangat berbangga dengan pencapaian mereka,” ujar Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.
“TV3 sangat sinonim dengan penerbitan rancangan anugerah yang berskala besar seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat dan Anugerah Bintang Popular BH. Sudah tentulah kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menyiarkan TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia. Ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini,” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.
Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas. Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.
Pemenang-pemenang terbesar malam itu
TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen: Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori; dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.
Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:
People’s Choice Awards:
Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin
Judge’s Pick Awards:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish
TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.
Lepas Ini Senanglah Dapat Minuman Sarang Burung, FOUZIAH GOUS Lancar Mesin Minuman Kesihatan Pertama Di Malaysia!
Wah, makin laris perusahaan minuman kesihatan sarang burung FG Walet milik Datin Hajah Fouziah Gous. Selepas menerima ratusan ribu bekalan FG Walet daripada pengguna dan menembusi pasaran tempatan serta luar negara, kini selebriti jelita ini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila berjaya mencipta inovasi terbaharu produk perniagaan popularnya baru-baru ini. Memang teruja dengan kejayaan beliau!
Ligat mempromosikan minuman kesihatan tersebut sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung pada 3 hingga 6 April ini di MITEC Kuala Lumpur, hadirin yang berkunjung ke gerai jualan FG Walet nyata terpegun dengan mesin minuman kesihatan pertama milik Datin Hajah Fouziah.
Kongsi isteri kepada Dato’ Zafran ini di Instagram, “Saya nak memperkenalkan kepada anda, healthy machine nombor satu di Malaysia dari FG Walet. Mesin ini mempunyai chiller dan boleh dinikmati sejuk dan segar.”
Lebih menarik, mesin inovasi pertama di Malaysia ini juga dilengkapi dengan LCD display yang unik yang mengetengahkan segala informasi tentang FG Walet termasuk khasiat yang terkandung di dalam minuman kesihatan berkualiti tinggi berkenaan.
Selain itu, ia juga dicipta dengan teknologi terkini yang memudahkan proses transaksi pembayaran sama ada menggunakan wang tunai mahupun pembelian ‘wave’ kad kredit atau debit daripada mana-mana bank.
Khabarnya, mesin minuman kesihatan FG Walet ini juga bakal diletakkan di lokasi-lokasi tumpuan pengunjung seperti di pusat membeli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi dan bas serta kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan minuman berkhasiat FG Walet selain berkongsi manfaat sarang burung.
Menelusuri kembali penubuhan FG Walet, ibu kepada dua cahaya mata ini pada mulanya hanya menjadi perunding pembinaan rumah sarang burung bagi pasaran Melayu. Tapi lama-kelamaan, beliau mula jatuh cinta dengan bidang tersebut.
https://www.instagram.com/p/BvvhGRAgxah/
“Saya tahu, ramai orang melayu ingin buat bisnes ini tetapi tidak berjaya. Saya seorang yang sukakan bidang pertanian. Jadi, saya belajar mengenai sarang burung ini dan mula jatuh cinta. Kebetulan, saya ada masalah kulit dan memang makan sarang burung yang dijual di kedai-kedai cina walaupun saya tahu ia bukanlah 100% asli.
Saya perasan semua kedai yang saya pergi tidak menjual sarang burung yang sebenar tetapi hanyalah fungus. Dari situ saya nekad menjadi salah seorang perintis yang buat the real bird nest sebab saya tahu tiada satu pun yang jual sarang burung tulen. Untuk buat semua ini bukan mudah. Saya perlu belajar dengan lebih mendalam dan ia mengambil masa yang agak panjang memandangkan ketika itu saya masih aktif berlakon”.
Sebelum ini, Datin Hajah Fouziah pernah mendedahkan rahsia cantik dan sihatnya dengan mengamalkan minuman sarang burung. Lebih mengujakan, Datin Hajah Fouziah konsisten mengambil sarang burung ketika hamil dan hasilnya ia membantu beliau bersalin dengan mudah tanpa sebarang jahitan.