Nama Diyana Halik, iaitu isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz tak semena-mena dipetik, dan tular sewaktu isu yang berlaku antara Aaron dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof. Manakan tidaknya, sejak video penjelasan lanjut tentang isu penguguran nama Aaron dalam satu projek filem dipos oleh Aaron di Instagramnya, ramai yang meminta Diyana untuk berkongsi rahsia Kuetiau Gorengnya.
Menerusi pendedahan Aaron, Syamsul ada datang ke rumahnya bagi membincangkan soal kerjaya dan naskah terbarunya, dan Diyana ada menghidangkan menu kuetiau goreng kepadanya, di samping mendedahkan yang Syamsul cukup suka dengan hidangan Diyana sampai bertambah dua kali.
Lantas, ramai warga maya meminta Diyana untuk berkongsikan rahsia keenakan menunya itu. Menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial, Diyana menyenaraikan bahan-bahan digunakan selepas ramai orang meminta dan mahu mencuba resipi tersebut.
“Kuetiau tu biasa je la. Pakai cili serbaguna Sufi, sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas tu makanan laut dan kicap ABC.. tu je,” kata ibu kepada 3 orang cahaya mata itu.
Ads
Terdahulu Aaron menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya mendedahkan konflik digugurkan dalam filem Original Gangster oleh Syamsul, atas beberapa faktor antaranya masalah kesihatan, usia dan kondisi tubuh Aaron.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lalu, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj meraikan sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-62. Keprihatian, kewibawaan dan sifat keibuan baginda sentiasa menjadi perhatian mata masyarakat, dan semestinya rakyat Malaysia cukup bertuah mempermaisurikan baginda.
Selain dari aktiviti kegemaran baginda seperti membaca, menjahit, bermain golf serta melayani kerenah anakandanya, semua sudah sedia maklum akan kehandalan Tuanku di dalam dapur.
Seperti apa yang tular di media sosial, Tuanku sememangnya hebat di dapur. Kehebatan Tunku Azizah dalam bidang masakan juga bukan lagi rahsia kerana baginda sering memuatkan perkongsian hasil masakan.
Selain menyediakan sendiri hidangan, resepi dan air tangan baginda sememangnya dinanti-nantikan. Itu turut diperakui sendiri oleh Chef Eksekutif Istana Negara, Chef Zulhisham Zabidi menerusi temubualnya bersama JAPEN TV.
Chef Zulhisham yang memulakan kariernya sebagai chef di hotel terkemuka selama 15 tahun sebelum ini sudah berkhidmat selama 5 tahun di Istana Negara. “Saya cukup bertuah kerana dapat berkhidmat untuk orang yang paling penting di Malaysia ini.” ujar Chef Zulhisham lagi.
“Tuanku permaisuri ini seorang masterchef yang yang hebat. Tuanku memang suka sangat memasak, terutama sekali sewaktu bulan Ramadan. Tuanku akan menyediakan hidangan istimewa, bubur lambok Pahang yang lain dari yang lain.”
Jelas Chef Norhisham lagi, “Keistimewaan Tuanku, jika ada acara besar-besar seperti sambutan Hari Raya, Tuanku sendiri yang akan memasak dan team saya cuma akan berada di belakang untuk keperluan tuanku. Baginda selalu akan turun ke dapur dan memasak bersama kami”
Sambal belacan Tuanku juga dikatakan sangat sedap dan Chef Zulhisham sendiri mengakui kesedapannya. “The best sambal belacan sudah semestinya Tuanku Permaisuri punyalah. Sekali buat dalam 60-100 balang, untuk tuanku bagi pada tetamu yang datang.”
“Tuanku ini tak kira tempat, tak kira mana baginda rasa tempat itu untuk tuanku bersantap atau pun bersama keluarga, tuanku akan pergi. Tuanku permaisuri pun suka santap fast food juga. Seperti apa yang kita tengok di media sosial, begitulah tuanku agong berdua”.
Ujarnya lagi, “Bagi tuanku, teknik penyediaan kena betul. Kami kena ikut apa yang tuanku ajar, ikut resipi yang Tuanku bagi, dan kami akan follow. Di dapur bukan saya seorang saja, kita ada 15 orang dalam dapur dan ada dua jabatan, satu untuk dapur panas dan satu lagi untuk pastri. Tuanku pun ada kemahiran buat kek, biskut raya dan lain-lain”.
Kami warga kerja Majalah Nona merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-62. Dirgahayu Tuanku!
Selain jaga diet dan pemakanan sihat, amalkan gaya hidup yang aktif. Guna je treadmill hebat ni (klik sini) Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah muda luaran dan dalaman!
******************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...