Untitled design (4)

Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?

Ads

Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.

Ads

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.

Ads

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.

Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI