Faisal Halim terima Darjah Kebesaran Sultan Selangor. Sekalung tahniah buat pemain bola sepak Selangor FC yang juga skuad kebangsaan, Mohamad Faisal Abdul Halim yang menjadi antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember lepas.
Faisal yang berusia 26 tahun menerima Darjah Kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Ads
Segak berbaju Melayu, Faisal Halim menerusi media sosial menzahirkan rasa syukur atas pengurniaan berkenaan.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di atas pengurniaan anugerah ini.
Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku.”
Untuk makluman, Darjah Kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah ini dizahirkan pada tahun 2002 dan merupakan Kelas Keempat dalam Famili Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kelayakan penerima adalah mereka yang telah berkhidmat dan berjasa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Kerajaan Baginda. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas Keempat ini bagi satu-satu masa ialah tidak lebih daripada 40 orang dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 700 orang.
Ahli-ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran.
Bakat dan prestasi membanggakan tonggak Selangor FV ini mendapat perhatian ramai dan pujian peminat sukan negara.
Tidak sekadar hebat di padang dan karier sukan yang semakin menyerlah, bintang bola sepak yang mesra disapa Mickey ini turut memiliki pesona ‘family man’ yang menyenangkan.
Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan berusia empat tahun.
Ads
Faisal menjadi tumpuan masyarakat selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan akibat disimbah asid sulfurik pekat pada Mei lepas.
Disebabkan insiden itu, Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya dan kecederaan di badannya juga agak kritikal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye malam tadi sebagai tanda sokongan moral kepada Presiden, Reccep Tayyip Erdogan serta rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar berlepas kira-kira jam 11.15 malam dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Lawatan sehari itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali.
Lawatan mengejut Datuk Seri Anwar itu atas dasar persahabatan dan permintaan Erdogan yang telah dua kali menghubunginya meminta beliau ke Turkiye.
TINJAU LOKASI BENCANA Setibanya di Turkiye, Datuk Seri Anwar meninjau lokasi bencana dan bertemu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebelum berlepas ke Ankara bagi mengadakan pertemuan dengan Erdogan.
Datuk Seri Anwar dijangka berlepas pulang ke tanah air pada jam 2 petang (waktu tempatan) dan tiba pada 7 pagi Khamis (waktu Malaysia) sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen dan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-Kabinet.
Pada 11 Februari lalu, Datuk Seri Anwar telah berhubung dengan Erdogan sejurus tiba daripada lawatan rasmi di Bangkok, Thailand bagi menyampaikan ucapan takziah serta doa atas kejadian bencana itu.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ini macam-macam kisah depresi yang kita dengar. Tak kiralah di kalangan selebriti mahupun sebaliknya. Ada yang mengalami kemurungan yang serius sehingga ada yang sanggup membunuh diri. Depresi merupakan gangguan jiwa yang disertai dengan gejala emosi dan fizikal yang mengganggu kehidupan seharian. Ada yang mengalami depresi menjelang waktu malam sekaligus memburukkan lagi gejala insomnia. Anda akan terjaga lebih lama atau susah tidur.
Kajian menunjukkan depresi terjadi kerana jam biologi terganggu akibat terlalu kerap atau terlalu lama berada di dalam cahaya terang sekaligus menjejaskan suasana hati. Maka, bagi anda yang baru sahaja mengalaminya dan tidak pernah menjalani rawatan segeralah bertemu doktor bagi mengenal pasti masalah ini.
Terdapat beberapa cara yang dapat membantu anda untuk mengatasi depresi pada waktu malam. Antaranya ialah:
BERSANTAI DUA JAM SEBELUM TIDUR
Membantu ‘menyiapkan’ badan untuk tidur. Tidur yang baik penting untuk kesihatan secara keseluruhan.
HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN ATAU ALKOHOL
Kedua-dua tabiat ini boleh meningkatkan lagi gejala depresi terutamanya pengambilan kafein pada waktu siang yang boleh mengganggu tidur.
TETAPKAN JADUAL TIDUR
Pastikan anda masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari agar jam biologi lebih teratur. Badan juga akan terasa segar, sihat dan cergas sepanjang hari.
RUTIN TIDUR
Sertakan aktiviti santai seperti membaca atau mandi sebelum tidur. Tetapi, menonton televisyen bukanlah aktiviti yang santai kerana ia boleh menyebabkan anda tidur lewat lalu menjejaskan rutin tidur.
SENAMAN RINGAN
Rutin senaman ringan dapat membantu meredakan depresi seterusnya menjadikan anda keletihan sebelum tidur. Maka, anda akan tidur lebih nyenyak.
BERADA DALAM CAHAYA REDUP
Dua jam sebelum tidur, cuba anda duduk dalam cahaya lampu yang redup atau samar. Ini akan membantu anda cepat merasa mengantuk. Elakkan berada dalam cahaya lampu terang dan menghadap skrin televisyen.
BANGUNLAH JIKA ANDA TAK BOLEH TIDUR
Jangan hanya baring di tempat tidur sambil menatap siling dengan fikiran yang kosong. Bangunlah dan buat aktiviti yang menenangkan sementara waktu sehinggalah anda merasa letih dan mengantuk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan kerana terus komited menyuarakan isu berkaitan kesihatan mental. Rentetan pelantikan beliau sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember tahun lalu, kini Tengku Puteri Iman Afzan menjalin kerjasama dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia untuk tujuan sama.
Menerusi perkongsian Green Ribbon Group (GRG) baru-baru ini, Tengku Puteri Iman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertama GRG dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Ini merupakan Mou pertama GRG dalam menyampaikan kesedaran mengenai kesihatan mental. Ujar Tengku Puteri Iman pada majlis tersebut, “Saya tidak boleh menekan betapa pentingnya perbualan berterus-terang dalam soal empati dengan pengalaman dan perspektif yang berbeza.”
Beliau kemudian menyertai forum kesihatan mental belia bersama Yayasan TM. Dalam majlis pelancaran forum berkenaan, Tengku Puteri Iman memberitahu, “Keupayaan untuk mengurus cara kita berfikir, merasa dan bertindak, dari segi cara kita mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain dan membuat pilihan adalah kemahiran yang boleh diajar.”
Tidak hanya dikagumi ramai kerana kecantikan yang dimiliki bahkan Tengku Puteri Iman yang juga seorang ibu menjadi sumber inspirasi memandangkan sikapnya yang sentiasa menyebar aura positif.
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan ini sekaligus dapat membawa dan membantu usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan serta cabaran dasar.
Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan.
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York. Pelantikannya turut disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu berikutan pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambang mata tengok pelbagai rekaan baju tradisional eksklusif ilham Hanna Rauda. Satu jenama fesyen wanita yang meniti di bibir masyarakat. Mana tidaknya, bukan hanya pakar dalam penghasilan busana tradisi wanita seperti kurung, kebaya dan kebarung. Bahkan ...