Teka-teki mengenai pernikahan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, terjawab apabila pasangan ini selamat dinikahkan jam 6.57 petang, semalam.
Dengan sekali lafaz, Bella sah menjadi isteri Emran dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat kedua pasangan di sebuah lokasi dirahsiakan di Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Emran menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.
Emran berkata, dia meminta maaf kepada rakan media kerana merahsiakan perancangan pernikahan dan persandingan mereka.
Ads
“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Ads
Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam di lokasi sama. Turut menjadi saksi majlis pernikahan Emran dan Bella adalah anak hasil perkahwinan dengan Erra, Engku Aleesya.
Ads
Kelihatan di atas pelamin, Engku Aleesya yang comel bertudung putih menemani ibu barunya di sisi bapa tersayang. Terlihat keakraban dan perasaan selesa di situ apabila mereka berdua saling menggenggam tangan.
Nona doakan agar kebahagiaan pasangan sama cantik dan sama padan ini berkekalan di dunia dan di akhirat. Till Jannah, insya-Allah. Norzalina Mohd Alias
Bahang pilihan raya umum (PRU) kian terasa. Tidak ketinggalan buat bekas pengacara TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang dikhabarkan mungkin akan bertanding di Parlimen Setiawangsa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.
Dia dikatakan bakal menentang penyandang kerusi parlimen berkenaan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad.
Fadzilah yang kini Ketua Srikandi Muda Bersatu menjadi pilihan untuk parti itu menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut. Dia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Srikandi Muda Bersatu pada 9 September lepas.
Sebelum menceburi arena politik, Fadzilah pernah melakukan kerja kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO). Bahkan, dia juga pengamal undang-undang sivil dan mempunyai syarikat guaman sendiri.
Dalam laporan media Free Malaysia Today (FMT) itu juga, sekiranya personaliti televisyen tersebut dicalonkan Bersatu, ini merupakan kali pertama parti itu mengetengahkan wanita muda sebagai calon.
Memetik kenyataan sumber yang dikongsikan FMT lagi, Fadzilah berhasrat menubuhkan sebuah pusat khidmat guaman di Setiawangsa.
Bersandarkan statusnya sebagai anak tempatan Setiawangsa, dia turut dijangka memberi saingan sengit kepada calon yang bertanding di kerusi Parlimen terbabit.
Bagaimana pun, segala keputusan akhir terletak pada pimpinan pusat tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk memilih calon mereka untuk PRU15.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melakar satu lagi sejarah terbaik pada abad ini, Nona bertuah kerana diberi penghormatan untuk membuat siaran rasmi melalui gelanggang media sosial sempena penganjuran acara World #QuranHour yang berlangsung semalam.
Acara bertaraf antarabangsa ini bukan saja berlangsung pada hari bersejarah negara iaitu 31 Ogos 2017, malah turut jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah 1438H.
Sepagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), iaitu lokasi perdana bagi World #QuranHour kali kedua itu, Nona menyaksikan penyertaan hebat lebih 1,000 orang bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang.
Selain wajah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf iaitu Dato’ Haji Hussamuddin Yaacob, turut kelihatan ramai para ulama, tetamu kenamaan dan selebriti ternama menyerikan majlis yang bertemakan ‘Dunia Berbudi & Penyayang’ itu.
Antaranya selebriti Mawi, Johan As’ari, Ameng Spring dan Lah Ahmad; Imam Masjid Besar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki; PU Akram; Juara Imam Muda, Hassan Adli; serta ramai lagi.
Program dibawah naungan JAKIM ini dianjurkan oleh UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS).
Semua media utama yang terdiri daripada media cetak, elektronik dan sosial bergabung tenaga atas nama Sinergi Media untuk menjayakan kempen World #QuranHour. Ia turut dipancarkan secara langsung di saluran ASTRO Oasis jam 12 tengah hari.
Selain ASTRO, Kumpulan Media Prima, RTM, BERNAMA, TV Al-Hijrah, IKIM.FM serta akhbar utama kumpulan UTUSAN MALAYSIA dan KOSMO, NSTP Group, News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta Kumpulan Media Karangkraf seperti Sinar Harian, Sinar TV dan termasuklah Nona.
Tahun ini landskap mengaji dikhususkan pada bacaan surah Yasin bagi mengambil sebahagian besar inti Al-Quran tentang rahmah yang terdiri daripada nilai kasih sayang, belas kasihan, perikemanusiaan, kebaikan dan cinta, prihatin dan empati sesama manusia.
Acara World #QuranHour dimulakan dengan aktiviti pembukaan ngaji surah Al-Fatihah oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan surah Al-Baqarah Ayat 1-5 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Acara kemuncak adalah solidariti interaksi surah Yasin yang dipimpin bacaannya oleh 21 ‘Yasin Flag Bearers’ atau Pembawa Panji-Panji Yasin yang terdiri daripada latar berbeza sebagai mesej bahawa setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam menjadikan nilai Al-Quran sebagai tindakan bersama untuk membina dunia yang berbudi dan penyayang.
Terdapat 4 kategori lokasi di seluruh dunia:
(1) Lokasi perdana di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.
(2) Di Padang Arafah yang melibatkan 45,000 jemaah secara individu atau berkumpulan.
(3) Lebih 750 lokasi di seluruh Malaysia termasuk agensi kerajaan, pejabat majlis agama, syarikat, institusi, masjid, sekolah, taman, pasar, kawasan awam atau di rumah dengan pusat keluarga dan Rumah Ngaji.
(4) Lebih 50 negara di seluruh dunia dianjurkan oleh entiti peserta sama ada dalam kumpulan atau sebagai individu. Ini termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan rakan kongsi dan ummah yang lain di seluruh dunia.
Negara terlibat seperti Australia, Oman, Brunei, Filipina, Korea, Jepun, Singapura, India, Myanmar, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Mesir. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Foto Karangkraf
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sebelum ini juga cukup terkenal dengan komitmen dalam misi kemanusiaannya.
Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, isterinya yang juga memiliki hampir 2.1 juta pengikut di laman Instagramnya bersalin secara normal pada pukul 12.58 padi.
“Alhamdulillah… Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.
“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,” katanya.
Nadzmi berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram. Bagaimanapun, jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.
Menjengah ruangan komen, perkongsian berkenaa dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas anugerah yang diberikan ALLAH buat mereka.
Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 3 tahun.
Tahniah sekali NONA ucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga kelahiran kedua zuriat mereka akan membawa kedua ibu dan bapanya ke syurga firdaus. Selamat berpantang Ardell!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian foto terbaharu mengenai Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi Instagram milik jurugambar ...