Sah Dengan Sekali Lafaz, Kini Engku Emran & Bella Selamat Disatukan. Paling Sweet, Tentu Sekali Engku Aleesya!

Teka-teki mengenai pernikahan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, terjawab apabila pasangan ini selamat dinikahkan jam 6.57 petang, semalam.

Dengan sekali lafaz, Bella sah menjadi isteri Emran dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat kedua pasangan di sebuah lokasi dirahsiakan di Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Emran menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.

Emran berkata, dia meminta maaf kepada rakan media kerana merahsiakan perancangan pernikahan dan persandingan mereka.

“€œKami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam di lokasi sama. Turut menjadi saksi majlis pernikahan Emran dan Bella adalah anak hasil perkahwinan dengan Erra, Engku Aleesya.

Kelihatan di atas pelamin, Engku Aleesya yang comel bertudung putih menemani ibu barunya di sisi bapa tersayang. Terlihat keakraban dan perasaan selesa di situ apabila mereka berdua saling menggenggam tangan.

Nona doakan agar kebahagiaan pasangan sama cantik dan sama padan ini berkekalan di dunia dan di akhirat. Till Jannah, insya-Allah. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Harian Metro

Share
Published by
Norzalina