Sempurnanya solat itu bermula dengan sempurnanya wuduk itu. Dan kalau solat kita tak sempurna, gerenti hidup kita pun takkan sempurna. Kunci segala-galanya adalah solat.
Ads
Sebagai wanita berkerjaya, bermekap memang menjadi satu keperluan walaupun setakat memupuk bedak dan gincu. Bagi yang jenis beauty addicts pula, tentu lebih banyak mekap yang dipakai, umpamanya eyeliner, maskara dan pemerah pipi.
Cuma satu hal yang selalu menyusahkan adalah ketika berwuduk. Nona tertarik dengan penjelasan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini melalui Facebook Live beliau, berkenaan status wuduk jika sisa mekap masih melekat. Nampak ringan tapi berat sebenarnya. Info yang baik untuk para wanita, so jom tambah pengetahuan kita!
“Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.
Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.
Saya faham wanita suka pakai eyeliner supaya mata nampak besar. Tapi risikonya adalah tak sah wuduk, malah merugikan masa. Ramai kurang tahu sebenarnya, kelopak mata atas kita adalah sebahagian anggota wuduk.
Berlainan dengan celak. Pakai celak boleh, macam saya pakai ni di kelopak bawah. Ada seorang wanita Arab pernah beritahu, garis bawah mata tu bukan anggota wuduk. Jadi boleh pakai, macam kita ikut sunah Nabi.
Begitu juga dengan produk mekap mesra wuduk lain yang senang ditanggalkan. Betul boleh pakai tapi masa berwuduk, pastikan ia ditanggalkan.
Ads
Saya sebenarnya kasihan dengan ramai di luar sana yang beli macam-macam produk. Saya tak tahulah sempurna ke tidak berwuduk dengannya. There’s no such thing as masih ada maskara atau apa pun ketika wuduk. Sama juga dengan sunblock atau apa saja yang kalis air, jawapannya tak boleh. Lipstik pun sama, especially yang tebal dan susah untuk ditanggalkan.
Saya pernah tanya sorang anak saudara saya di Mekah, macam mana dengan natural oils? Dia jawab boleh. Contohnya kita pakai minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak argan dekat muka kemudian ambil wuduk, itu boleh.
Ads
Jadi amalkan membawa sebotol minyak yang kecil ke mana-mana. Minyak zaitun contohnya, untuk cuci muka kita bersih-bersih. Lepas solat nanti, pakailah balik mekap yang kita suka tu.”
Hukum pakai bulu mata palsu?
Prof Muhaya turut memberi pendapatnya tentang amalan membuat extension bulu mata. “Saya bukan ustazah tapi setahu saya hukumnya bila kita menyambung bulu mata atau pakai bulu mata palsu ni berdosa.
Dulu saya pun pernah pakai bulu mata palsu masa shooting Mata Ke Hati. Saya tak tahu masa tu tapi seorang Ustaz ni beritahu berdosa.”
Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahkota wanita yang satu ini memang sering menjadi tumpuan. Baik bertudung ataupun tidak, rambut perlu dirapi dengan baik untuk elakkan dari rosak dan berbau.
Antara sedar atau tak, inilah ‘penganiyaan’ yang kita sering lakukan pada rambut. Mewarna rambut sama ada menggunakan bahan semula jadi atau bahan kimia, blow dry atau perm hanyalah memberi gambaran cantik dari luar, tetapi bagaimana pula bahagian akar rambut itu sendiri?
Jom semak punca rambut rosak:
Bleaching
Proses drastik dengan memaksa rambut menerima zat kimia masuk secara terus ke bahagian kutikel dan menyingkirkan pigmen semula jadi rambut. Ia mengubah struktur rambut malah menjadikannya lebih rosak.
Kali pertama anda melakukan bleaching, ia akan mulai mengganggu akar rambut. Ini di tambah lagi dengan kesan blow dry yang dilakukan selepas bleaching.
Mewarna dan highlight
Hanya untuk menutup uban, anda sanggup menggunakan highlight dan pewarna rambut yang boleh meninggalkan kesan rosak pada akar rambut. Highlights dan zat pewarna separuh kekal tidak meninggalkan kesan seburuk bleaching.
Tetapi, perawatan ini juga akan merosakkan struktur rambut dan membuatkan rambut menjadi kering tambah-tambah lagi jika anda sering mewarnakan akar rambut atau menutup uban.
Perming
Ramai yang idamkan rambut berombak untuk nampak lebih seksi. Tetapi anda sebenarnya memaksa struktur rambut berubah mengikut acuan secara kasar. Bahan kimia yang digunakan pula tidak selamat untuk pertumbuhan rambut sihat.
Blow dry
Kepanasan daripada alat pengering rambut megubah ikatan hidrogen yang menjadikan rambut tampak sihat dan bersinar. Rambut boleh rosak secara kekal sekiranya anda sering menggunakan pengering rambut.
Apakata biarkan rambut kering dengan alami. Hanya biarkan seketika atau gunakan kipas angin saja.
Ikat rambut
Bagi yang memakai tudung, semestinya rambut sentiasa diikat rapi dan paling teruk jika ada di antara anda yang mengikat rambut ketika ia masih basah! Rambut basah berada dalam keadaan rapuh, jadi tidak hairanlah kenapa ia gugur dengan banyak saat anda membuka ikatan.
Kerap sikat
Kekerapan menyikat rambut bukan saja memudahkan rambut menjadi bercabang dan putus malah ia juga boleh menyebabkan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang fungsinya. Jika berada di rumah, cukuplah sekadar menyisir dengan jari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
15 Mei lepas genap 57 tahun usia Madhuri Dixit! Macam tak percaya, dalam umur lewat 50an bintang filem blockbuster Bollywood Dil To Pagal Hai ini masih cantik jelita, awet muda dan berstamina.
Tidak lagi aktif berlakon, Madhuri bagaimana pun sering diundang ke program hiburan sebagai juri.
Semakin menginjak usia, jelitawan ini tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk aktif bersenam selain gemar menari.
Melihat gerak tari Madhuri Dixit terutamanya ketika meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai menerusi lagu Are Re Are, seakan mengubat kerinduan peminat.
Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan Madhuri dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian.
Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata wanita berkulit sawo matang atau gelap tak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang memiliki kulit sawo matang atau gelap juga pastinya akan lebih menonjol. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka.
BEDAK ASAS
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit sawo matang atau gelap, disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
PEMBAYANG MATA
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mencantikkan lagi gaya solekan mata. Pilih pembayang mata yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang atau gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu untuk kelopak mata bahagian atas pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
BRONZER
Agar lebih menyerlah, sapu blusher dengan menggunakan bronzer. Elak pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit, sapukannya di sepanjang tulang pipi sehingga ia kelihatan rata dan tidak bertompok-tompok di kulit.
UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan natural, elak penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
GINCU
Sebaiknya elak warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan dinamik sebaik saja disapu pada bibir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...