Sah POSITIF COVID-19, DATIN YANI Cemas Fikir 5 Anak Terutama Bongsu Ada Jantung Berlubang

Sememangnya hubungan dengan penerima anugerah Nona Best Technology Business Awards di Nona Superwoman Award 2018 ini tidak pernah putus dan kami sentiasa berhubung. Apabila mendapat perkhabaran bahawa Datin Nur Ezdiani Baharoddin atau lebih mesra disapa Datin Yani ini disahkan positif COVID-19 terus terbayangkan anak-anaknya yang masih kecil.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

So far, saya ok je ni..alhamdulillah,” itu jawapan pertama Datin Yani saat dihubungi. Walaupun sedang berada dalam situasi getir tetapi wanita yang pernah dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara dengan gelaran Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) ini tetap positif.

Bercerita lanjut, “Pada mulanya perasaan saya sama seperti kebanyakan orang lain, resah dan risau. Saya sangat risau kerana bimbang menjangkiti suami, anak-anak dan kedua-dua pembantu rumah. Tapi, selepas dimaklumkan, saya nekad untuk berfikir positif and set my mind positive.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

Perkara pertama yang bermain dalam fikiran saya adalah mengenai kondisi suami, anak-anak dan pembantu rumah. Saya cemas kerana mempunyai anak-anak kecil terutama anak kelima mempunyai jantung berlubang dan ini yang paling menakutkan saya,” tutur ibu kepada lima orang anak ini.

SIMPTOM

Tanpa melengahkan masa, saat mengetahui dirinya positif COVID-19, Datin Yani menggesa suami, anak-anak dan pembantu untuk melakukan ujian calitan atau swab test. “Saya sangat bersyukur kerana keputusan mereka semua adalah negatif,” jelas Datin Yani yang tidak mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema tapi mengalami migraine yang sangat teruk serta sakit-sakit sendi.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

Sementara menunggu panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Yani bertindak melakukan kuarantin di rumah. “Saya melakukan kuarantin di dalam bilik sendiri, apabila memegang tombol pintu, saya akan memakai hand gloves untuk mengelakkan virus bertebar. Saya sentiasa memakai mask untuk keluar pintu, apabila pembantu rumah menghantar makanan di hadapan pintu bilik. Kebanyakan masa, saya hanya di bilik dan tidak keluar langsung ke mana-mana kawasan dalam rumah.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

Sebelum mengetahui keputusan swab test

, suami dan anak-anak menjalankan kuarantin di bilik yang berbeza. Anak-anak kecil juga diserahkan kepada pembantu rumah berbeza-beza bilik. Kini, semua keputusan mereka adalah negatif dan mereka menjalankan aktiviti seperti biasa. Cuma mengikut SOP yang berkenaan kerana saya masih POSITIF. Kesemua mereka perlu menjalankan kuarantin untuk tempoh 10 hari,” ujar Datin Yani.

KONTAK RAPAT
“Saya mendapat jangkitan daripada salah seorang pembantu peribadi saya. Pada ketika itu, dia datang ke rumah seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang simptom. Pagi raya kedua, saya telah diberitahu bahawa keputusan swab test isterinya adalah positif.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

95 peratus keluarganya yang berada di rumah juga positif. Ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana kesukaran bernafas. Selepas mengetahui berita ini, saya terus mengambil keputusan untuk mengambil swab test dan terus kuarantin diri sehingga mendapat keputusan swab test.

Nasihat saya kepada orang ramai sila ikut arahan kerajaan agar tidak melakukan aktiviti ziarah dan tidak perlu ke tempat yang sesak. Jaga SOP yang telah disarankan seperti tidak bersalaman atau mempunyai body contact dengan sesiapa sahaja. Pastikan tiada tetamu datang ke rumah kerana kita tidak tahu sejarah perjalanan yang dilalui tetamu tersebut,” katanya.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

JAGA SOP

“Virus Covid-19 adalah benar dan nyata. Banyakkan membaca untuk sentiasa bersedia denga apa jua kebarangkalian. Ikut dan patuh SOP yang ditetapkan, sentiasa basuh tangan, pakai mask dan elakkan ada sentuhan dengan orang luar atau pelawat dari luar.

Jadilah masyarakat yang sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam menangani virus ini. Makan dan amalkan hidup secara sihat untuk memerangi virus ini.

Foto: Koleksi peribadi Datin Nur Ezdiani Baharoddin

Bagi yang positif, jangan ‘overthinking’. Fikir positif dan ikut SOP yang telah diberikan oleh KKM di dalam tempoh kuarantin. Makan makanan yang sihat untuk menguatkan imun badan. Sama- sama kita semua perangi virus ini,” ucap Datin Yani mengakhiri perbualan.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed