Nampaknya, dalam kerancakan bakal bertanding sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024, Kris Dayanti menerima khabar gembira apabila anak sulungnya Aurel Hermansyah mengesahkan dirinya kini hamil cahaya mata kedua.
Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah baru-baru ini berkongsi khabar gembira bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Atta dan Aurel yang melangsungkan pernikahan pada 3 April 2021 itu mengumumkan berita gembira itu di akaun media sosial masing-masing minggu lalu. Malah, usia kandungan Aurel kini sudah mencecah usia empat bulan.
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan petama dengan Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang YouTuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Baru-baru ini, Kris Dayanti telah mendaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024. Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti bakal mewakili parti politik itu pada PEMILU 2024.
Aurel dan Atta dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada 22 Februari 2022. Sebelum itu, Aurel juga pernah dilaporkan mengalami keguguran.