Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, nampaknya banyak kemahiran seni yang bakal tumpul kalau lama tak diasah. Antaranya kemahiran mekap. Maklumlah nak mekap siapa, muka sendiri pun pucat sebab duduk di rumah.
Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April ini, majalah Nona melancarkan sebuah peraduan online buat penggemar mekap di Malaysia iaitu Fabulous MUA Beat My Look.
Peraduan ini berlangsung menggunakan platform Instagram dan Facebook sepenuhnya, bermula tarikh 1 hingga 14 April ini. Ia dibahagikan kepada dua cabaran (Week 1 dan Week 2) dengan tawaran hadiah bernilai RM200 setiap minggu untuk dua orang pemenang.
“Demi menyahut seruan #dudukrumah dan #stayathome ni, sedar tak sedar kita di rumah, muka dah lama tak berpupuk bedak, jauh sekali bercelak dan bergincu. Kini dah tiba masanya untuk anda unzip semula beg mekap tu sebagai tanda sokongan terhadap Nona.
Cabaran Fabulous MUA Beat My Look bukan saja simple, tapi menjadi medan berkarya buat para penggemar mekap, tak kira yang baru atau lama untuk mengasah semula kemahiran mereka,” kata Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Cabaran Week 1
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2020, tema ‘FIGHT CORONA!’ dipilih sebagai cabaran peserta. Anda bebas mengekspresi mesej melalui mekap yang dihasilkan. Antaranya seperti karya Bella (@muabellaz) dan Albin Hassan (@albinhassan_official) ni.
Cara Penyertaan:
Jangan lupa mulakan misi ‘FIGHT CORONA!’ bermula 1 April nanti. Selamat mencuba!
#fabulousmua
#fabulousmua2020
#dudukrumah
#stayathome
This website uses cookies.