SAIDA TARUDIN Makin Cantik & Bahagia Sejak Bergelar Isteri Kepada Sahabat Lama

Siti Norsaida Tarudin, kakak kepada penyanyi tersohor tanahair Dato’ Sri Siti Nurhaliza, terkenal dengan kecantikan asli dan awet muda. Umur dah nak masuk 46 tahun tapi nampak makin cantik dan berseri. Tambahan lagi sejak kembali bergelar isteri buat kali ketiga.

Makin cantik dan terserlah seri kebahagiaan Saida walau tidak terlalu kerap berkongsi gambar berdua bersama suami di akaun Instagramnya.

Pada 12 Disember 2021 Saida mendirikan rumahtangga dengan Mohd Nooraizal Rasip yang merupakan pengurus kanan bahagian operasi di salah sebuah syarikat kewangan. Menurut Saida, suaminya itu adalah sahabat lama yang sebaya dengan usianya dan berstatus bujang.

Bagi Saida dia percaya bahawa jodoh adalah ketentuan yang sudah tertulis. Ketika mengambil keputusan untuk berkahwin kali ke-3, Saida mengenali hati budi suaminya selama 5 bulan.

Selain itu, keikhlasan serta sikap bertanggungjawab dan matang suaminya untuk menerima kehadiran anak-anak membuatkan dirinya kembali terbuka hati untuk menerima cinta seorang lelaki.

NATURAL BEAUTY
Selain dikenali sebagai kakak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Saida juga sinonim dengan rahsia awet mudanya. Terserlah aura natural beauty ibu anak 4 ini. Selain mengamalkan pemakanan sihat, Saida juga aktif dengan aktiviti kecergasan.

Itulah yang memberikan kelebihan kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 ini. Berkahwin di usia muda pada usia 20 turut menjadi rahsia awet muda Saida.

Semoga Saida kekal bahagia bersama suami dan anak-anak sampai ke hujung nyawa.

Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad