Sekilas pandang persis adik beradik. Saida Tarudin dan Nyssa Ghazali, antara pasangan ibu dan anak yang sedang menjadi sebutan ramai khususnya di laman sosial. Tidak sangka pula nama anak dara Saida yang berusia 21 tahun ini menjadi tular dek kerana kecantikan yang dimiliki.

Ads

Cukup terinspirasi dengan Saida kerana biarpun kini usianya menceccah 42 tahun namun masih awet muda dan bertenaga. Paling kagum Saida berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang langsing biarpun memegang gelaran ibu beranak empat hasil perkahwinan terdahulu.

Mungkin juga ia satu kelebihan buat Saida yang dikatakan nampak seperti sebaya dengan Nyssa kerana dia berkahwin muda iaitu ketika usianya 20 tahun. Walaupun usia anak-anak sedang meningkat belasan tahun namun Saida masih bertenaga dan aktif.

SAIDA TARUDIN, Umur Dah 42 Tahun Tapi Nampak Sebaya Dengan Anak!

SAIDA TARUDIN, Umur Dah 42 Tahun Tapi Nampak Sebaya Dengan Anak!

Selain mementingkan kecantikan, Saida juga aktif bersukan. Itulah yang memberikan kelebihan buat bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini. “Saya dan Nyssa umpama sahabat baik yang berkongsi suka mahupun duka. Kalau Nyssa aktif di laman sosial saya tidak kisah kerana faham kebanyakan anak-anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui platform tersebut.

Begitulah yang saya harapkan dengan Nyssa agar sukses dalam apa jua minatnya. Memandangkan Nyssa sangat berbakat dalam bidang kecantikan, fesyen dan seni kreatif apa jua yang Nyssa lakukan pasti dilakukan dengan baik. Antara topik yang sering kami bualkan semestinya tentang kecantikan dan fesyen. Nyssa juga suka menjadikan saya sebagai ‘bahan’ eksperimennya,” kongsi Saida yang mengamalkan petua makanan sihat dan kerap bersukan setiap minggu bersama rakan-rakan artis.

NYSSA WARISI KECANTIKAN IBU

Ads

“Saya tidaklah menganggap diri ini terlalu cantik, mungkin kerana mewarisi kecantikan ibu dan saya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya. Saya sangat kagum dengan ibu kerana beliau bukan sahaja cantik luaran malah dalamannya juga. Ibu seorang wonderwoman. Walaupun tegas ibu seorang penyayang.

Saya obses dengan kecantikan dan fesyen kerana sejak kecil saya sering melihat Makiti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) bersolek sebelum membuat persembahan. Dari situ saya mula minat dengan solekan. Kemudian saya belajar sendiri teknik-teknik solekan di YouTube.

Ads

SAIDA TARUDIN, Umur Dah 42 Tahun Tapi Nampak Sebaya Dengan Anak!

Apa yang saya buat ialah pinjam muka ibu untuk praktis (tertawa). Sekarang saya kerap menyolek ibu dan Makerah (Siti Saerah) untuk ke majlis-majlis,” kongsi Nyssa.

NASIHAT

“Salah satu petua awet muda yang ibu amalkan dan selalu dipesan kepada saya ialah sentiasa murah dengan senyuman yang ikhlas. Barulah kecantikan dalaman terserlah sekaligus menampakkan seseorang itu awet muda. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsikan kepada saya, selebihnya bergantung kepada diri sendiri,” ungkap Nyssa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI