Setiap wanita memiliki bentuk badan dan saiz bahu yang berbeza. Ada yang agak lebar atau berbidang seperti lelaki. Mungkin disebabkan faktor genetik atau aktiviti sukan yang menghasilkan bentuk bahu dan berdada bidang. Tentunya anda akan berasa kurang selesa dan tidak yakin setiap kali ingin bergaya. Perkara yang paling membuat anda berasa rendah diri bila anda perasan yang anda tampak kurang menarik dimata orang.

Ads

Hey! Cantik itu bersifat subjektif. Jadi apa yang kami boleh bantu ialah berkongsi dengan anda bagaimana untuk ‘melembutkan’ bahagian tersebut dan bermain helah mata menggunakan tips fesyen mudah ini.

ELAK PAKAIAN DENGAN BUKAAN LEHER YANG LUAR
Elakkan baju seperti strapless top atau leher berbentuk bateau, pasti terserlah bentuk bahu anda yang luas itu. Juga jangan sesekali memakai baju bercorak melintang kerana ia akan memberi ilusi bahu nampak lebih lebar.

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!PILIH PAKAIAN V-NECK
Leher baju berbentuk V merupakan helah mata supaya bahagian bahu yang lebar tidak terdedah. Awas! Jangan memilih bentuk leher V yang terlalu luas, cukup yang nampak selesa dan tidak keterlaluan.

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!TAMBAH AKSESORI
Gayakan rantai panjang supaya menarik mata si pemerhati melihat ke atas dan ke bawah untuk mengelakkan mereka melihat kiri ke kanan dari garis bahu anda.

Ads

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!GELAP DI ATAS, CERAH DI BAWAH
Cuba jadi sedikit kreatif dengan bermain warna cerah dan gelap bersama. Tekniknya mudah, anda hanya perlu gayakan baju berwarna gelap dan untuk seluar atau skirt serlah dengan warna-warna cerah. Bila anda memakai baju berwarna gelap, ia memberi ilusi badan atas kelihat lebih kecil dan berjaya mengimbangi bentuk badan. Malah, anda pun tampak bergaya!

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!TARIK PERHATIAN DENGAN CORAK BERJALUR
Bosan dengan bermain dengan warna senada, apa kata anda cuba dengan corak berjalur, tapi ingat ya bukan jalur garis menegak tapi kenakan corak garisan menegak (atas ke bawah). Helah ilusi ini membuat badan anda nampak lebih ramping dan mengaburi mata untuk melihat kawasan bahu anda.

Ads

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!PILIH YANG KEMBANG-KEMBANG
Tiada alasan lagi untuk anda mencuba skirt atau jeans kembang. Skirt kembang berbentuk A atau jeans berkaki kembang memberi ilusi badan atas kelihatan lebih tirus, ianya pilihan yang tepat untuk tampak stail dan yang paling dapat menutup ‘kekurangan’.

Saiz Bahu Terlalu Bidang Atau ‘Sasa’, 6 Helah Ini Buat Anda Tampil Yakin & Menawan!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI