Dalam situasi negara berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, sememangnya pergerakan untuk membeli juadah berbuka puasa agak terhad. Tiada lagi bazar Ramadan seperti kebiasaannya apatah lagi menikmati juadah istimewa di hotel-hotel terkemuka yang sememangnya menjadi sebahagian ‘intipati’ Ramadan rakyat Malaysia.
Namun begitu, dalam kehidupan ‘norma baharu’ rakyat Malaysia, hidangan istimewa dari hotel bertaraf lima bintang boleh dinikmati dari keselesaan kediaman anda. Walaupun tidak dapat menikmati hidangan bufet di hotel seperti kebiasaannya, namun keenakan hidangan di hotel lima bintang dibawa dengan gaya tersendiri, hanya di ruang makan kediaman anda!
‘Sajian Sampai Ke Depan Pintu’ hasil inisiatif Hotel One World Petaling Jaya menyemarakkan kedatangan Ramadan kali ini. Ia menawarkan beberapa pakej hidangan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga bermula 24 April hingga 23 Mei 2020. Nikmati pelbagai hidangan menarik gabungan citarasa tempatan sehinggalah ke menu antarabangsa yang enak dan menyelerakan.
Antara hidangan yang terkandung di dalam set menu yang ditawarkan termasuklah Rendang Ayam atau Daging, Ikan Bakar bersama Sos Percik, Nasi Ayam Mandy, Chicken Chop Goreng dan beberapa lagi hidangan menarik bagi memenuhi selera berbuka puasa.
Selain itu, terdapat juga hidangan lain yang boleh dijadikan pilihan antaranya termasuklah nasi lemak bersama ayam goreng, sate, set nasi ayam yang pastinya memenuhi citarasa hasil air tangan cef terkemuka di Hotel One World Petaling Jaya.
Selain saiz hidangan yang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga, Hotel One World Petaling Jaya turut menawarkan set hidangan untuk si bujang pada harga RM35.00nett termasuklah minuman. Menarik bukan!
Tiada pesanan minima untuk setiap pesanan yang dibuat. Selain itu, penghantaran merangkumi kawasan-kawasan seperti Bandar Utama, Sunway Damansara, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Kayu Ara, Damansara Utama, Damansara Kim dan Damansara Jaya. Pembelian secara terus di hotel melalui cara self pick up juga boleh dilakukan di mana pesan boleh diambil di kaunter concierge Hotel One World Petaling Jaya.
Setiap pesanan boleh dibuat setiap hari mulai jam 11.00 pagi sehingga 6.30 petang di mana bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan perbankan internet atau tunai ketika proses penghantaran dilakukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 014-7322631.