Gaya Hidup

Sajian Senja Ramadhan: Lebih 300 Hidangan Menyelerakan Menanti di M World Hotel

Sebaik matahari melabuhkan tirainya, tibalah waktu yang paling dinanti-nantikan sepanjang bulan Ramadan iaitu waktu berbuka! Dan kalau anda mencari bufet Ramadan yang penuh variasi, meriah dan pastinya mengenyangkan perut anda dan keluarga, Sajian Senja Ramadhan di M World Hotel Petaling Jaya (dahulunya dikenali sebagai AVANTÉ Hotel, Bandar Utama) adalah destinasi yang wajib anda tuju bagi memuaskan selera anda.

Sajian Senja Ramadhan: Lebih 300 Hidangan Menyelerakan Menanti di M World HotelSajian Senja Ramadhan: Lebih 300 Hidangan Menyelerakan Menanti di M World Hotel

300 Hidangan, Satu Pengalaman Berbuka Yang Menggamit Memori

Bayangkan suasana berbuka yang dipenuhi dengan aroma rempah ratus dan pelbagai juadah tradisional yang menggamit memori zaman kecil kita. Antara menu istimewa yang patut anda cuba ialah Kambing Masak Hitam dari Perlis yang kaya dengan rasa manis, masam dan pedas, serta Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Jika anda penggemar daging, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Daging Dendeng yang dimasak sempurna, serta Nasi Briyani Daging Johor yang begitu wangi dan menyelerakan.

Bagi pencinta makanan laut, sajian Ketam Nipah Masak Kari Rempah Darat pasti mencuri perhatian! Kari ketam yang dimasak bersama belacan, cili segar dan serai ini memang cukup menggoda selera. Tidak dilupakan, hidangan berkuah seperti Gulai Kawah yang kaya dengan rempah ratus dan aroma menggoda, pasti menghangatkan lagi pengalaman berbuka puasa anda.

Selain menu utama yang menjadi kegemaran ramai, bufet ini juga menampilkan variasi hidangan kampung seperti Ayam Percik, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Melaka dan Rendang Tok Perak yang menggunakan resipi asli turun-temurun.

Bazaar Makanan yang Mengujakan

Kalau anda jenis suka mencuba pelbagai makanan, bufet ini memang syurga untuk anda. Bermula dengan pilihan pembuka selera seperti ulam-ulaman, sambal-sambal tradisional, seafood on ice, sehinggalah ke pelbagai jenis hidangan utama yang memikat selera.

Bazaar makanan di sini menyajikan juadah popular seperti Roti John, Lontong, Sambal Udang, Aneka Ikan Bakar, Satay, Sup Periuk, Murtabak, dan Roti Canai. Tidak cukup dengan itu, ada juga pilihan makanan antarabangsa seperti Seafood Tempura, Chilli Flower Crabs, Peking Duck, Western BBQ Grill, Pasta Counter dan Claypot Fish Head Curry.

Namun, tarikan utama pada setiap malam di Bulan Ramadan sudah semestinya Kambing Golek, hidangan kambing panggang yang diperap dengan rempah istimewa, dipanggang secara langsung dan dihidangkan panas-panas!

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Sup Gearbox yang terkenal dengan kepekatan supnya yang kaya dengan rasa tulang lembu yang lembut serta lemak yang menyelerakan. Hidangan ini sangat popular dalam kalangan pengunjung yang gemarkan sajian sup berempah.

Bagi peminat makanan pedas, tersedia juga Laksa Johor, Laksa Penang, dan Mee Kari yang pasti memikat hati mereka yang sukakan makanan berempah dengan kuah yang pekat dan lazat.

Minuman dan Pemanis Mulut untuk Lengkapkan Juadah

Redakan dahaga anda dengan pelbagai minuman tempatan seperti Teh Tarik, Milo Tarik, Air Sirap Selasih dan Air Mata Kucing. Selain itu, anda juga boleh menikmati Air Bandung, Jus Buah Segar, Air Kelapa Muda yang pasti akan menyegarkan tekak selepas seharian berpuasa.

Dan sudah tentu, tiada yang lebih memuaskan selain menikmati pencuci mulut istimewa seperti ABC, Cendol, Kuih Melayu, Pengat Pisang, Serawa Durian, Dodol dan pelbagai jenis pastri Perancis yang menggoda selera. Turut tersedia ialah Ais Krim Gula Melaka, yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang manis dan berlemak.

Bagi mereka yang menggemari hidangan pencuci mulut tradisional, terdapat juga Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka dan pelbagai jenis kuih-muih seperti Kuih Lapis, Kuih Talam, Karipap dan Cucur Badak yang pasti membangkitkan nostalgia berbuka puasa di kampung halaman.

Harga & Promosi Istimewa

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun 25% bagi harga dewasa jika anda membuat tempahan awal dari 15 Januari hingga 26 Februari 2025. Selain itu, suasana berbuka akan lebih meriah dengan persembahan muzik tradisional Ghazal yang mengiringi sesi bufet.

Jika anda mencari pengalaman berbuka puasa yang unik, mengenyangkan dan penuh dengan cita rasa tempatan serta antarabangsa, Sajian Senja Ramadhan di M World Hotel Petaling Jaya pasti memenuhi setiap keinginan selera anda.

Nikmati suasana berbuka yang penuh kemeriahan bersama keluarga, rakan-rakan, atau rakan sekerja dalam persekitaran yang selesa dan eksklusif. Dengan lebih 300 pilihan hidangan, pasti ada sesuatu untuk semua! Jadi, buat tempahan awal dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi istimewa. Selamat berbuka puasa!

Butiran Sajian Senja Ramadhan:
Tarikh: 1 Mac – 30 Mac 2025
Waktu: 6:30 petang – 10:30 malam
Harga: RM 218 nett (Dewasa), RM 153 nett (Warga Emas, 60 tahun ke atas), RM 109 nett (Kanak-kanak, 6 hingga 12 tahun)
Tempahan & Pertanyaan: +603 7681 7666 / WhatsApp: +6016 302 7838
Laman Web: www.mworldhotel.com.my
Facebook & Instagram: @mworldhotelpj

 

Share
Published by
Wan Firdaus