Pernah tak terasa kebas, nyeri atau sengal-sengal di bahagian pergelangan dan tapak tangan? Awas jika kesakitannya berlarutan berhari-hari atau berminggu-minggu. Anda mungkin mengalami sindrom Carpal Tunnel.
Menurut Pakar Perunding Tangan & Pakar Bedah Mikro Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara, Dr. Terence Tay Khai Wei, Carpal Tunnel merupakan suatu keadaan yang mungkin berlaku apabila saraf median, yakni saluran tunjang utama pada tangan dan jari menjadi mampat dalam terowong Carpal.
Terowong Carpal dibentuk oleh lapan tulang pergelangan tangan (tunnel) dan ligamen melintang Carpal. Ia bertindak sebagai laluan di pergelangan tangan anda, di mana saraf median dan sembilan tendon melaluinya untuk mencapai tangan anda.
Mampatan saraf median yang berlaku disebabkan oleh penurunan ruang di dalam terowong, mungkin disebabkan oleh keadaan seperti bengkak tisu pada lapisan terowong, pembendungan cecair, kehadiran sista simpul saraf, struktur otot yang tidak normal atau keadaan-keadaan lain. Dalam banyak keadaan, puncanya masih tidak diketahui.
Simptom
Anda mungkin merasakan seolah-olah tangan anda ‘tidur’. Biasanya, jari telunjuk dan tengah adalah kawasan paling terjejas, tetapi ia juga boleh berlaku pada deria di sepanjang tangan anda.
Sekiranya gejala-gejala ini masih baru bermula, misalnya terasa kebas atau sakit sebaik terjaga daripada tidur, ia mungkin boleh dilegakan dengan cara menggoncang atau menyapu tangan anda. Walau bagaimanapun, di peringkat lewat, rasa kebas berkenaan boleh jadi berterusan dan merimaskan.
Rawatan
Sista Ganglion
Selain sindrom Carpal Tunnel, satu lagi yang walaupun jarang-jarang dihidapi tetapi juga merimaskan adalah Sista Ganglion (simpul saraf). Ia adalah jisim benign yang biasanya ditemui di belakang pergelangan tangan dan hujung sendi pada jari. Tumor atau ketulan ini biasanya timbul daripada sendi atau tendon. Ia dipenuhi cecair tebal (cecair sendi) yang diselaputi sarung tebal.
Simptom
Walaupun masih berlaku di bahagian tangan atau pergelangan tangan, tetapi simptomnya sedikit berbeza. Sista ganglion biasanya dilihat pada kemunculan ketulan atau benjol di tangan atau pergelangan tangan. Punca sista ini timbul mungkin berkaitan dengan masalah artritis atau radang di sekitar tendon. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, punca sebenarnya juga masih tidak diketahui.
Diagnosis
Diagnosis terhadap sista ganglion biasanya dibuat di bahagian ketulan atau benjol berkenaan timbul. Kadang-kadang x-ray adalah perlu untuk menolak keabnormalan tulang. Dalam peratusan besar kes, sista ganglion tidak menyakitkan, tetapi sesetengah pesakit kesakitan adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti tertentu. Sista ini boleh berubah saiz (mengecil) atau hilang sepenuhnya dengan sendiri.
Rawatan
This website uses cookies.