Saban tahun setiap kali Syawal bakal menjelang, video Khairul Aming menghargai pekerja dan memberi wang insentif kepada mereka sentiasa ditunggu-tunggu warga maya. Tahun ini kemurahan hati pempengaruh media sosial berkenaan kembali menjadi bualan.

Ternyata Khairul Aming menjadi ikon majikan contoh dan idaman ramai pekerja. Mana tidaknya, bukan sekadar prihatin membeli keperluan Raya dari hujung rambut ke hujung kaki.

Malah memperuntukkan belanja untuk kelengkapan barang dapur sampai sanggup menyewa sebuah lori untuk mengangkut barang-barang yang dibeli staf kesayangan. Baik hati boss!

Khairul Aming ‘Boss’ Idaman

Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil!

Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil!

Itu tidak termasuk pemberian bonus berupa wang ringgit lagi. Tergamam dibuatnya bila tengok sampul yang diterima staf Khairul Aming. Berkepuk-kepuk ‘notes’ duit RM100 dalam satu sampul. Bayangkan, ada lebih 100 pekerja pula tu!

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih enam juta tontonan! Kongsi pengusaha Sambal Nyet ini, “Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ni.

Ads

Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun.”

Teringat temu bual Nona bersama usahawan berusia 33 tahun ini beberapa tahun lepas. Diaju mengenai peribadi ibu tersayang, Khairul Aming meluahkan rasa kagum dengan pengorbanan ibunya yang menjual kuih tako selama lebih 14 tahun.

Khairul Aming Kagum Pengorbanan Ibu

“Mak saya akan bangun 3 atau 4 pagi. Kalau hari cuti saya teman mak pergi pasar dan letak kuih dekat setiap peniaga.

Kadang kalau ada booking kuih dan tak ada kotak, kami akan cari kotak-kotak dekat supermarket untuk letak kuih. Alhamdulillah hasil pencarian daripada buat kuih itulah yang membesarkan saya dulu sampai hari ini.”

Ads

Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil!

Ditanya didikan ibu yang paling dia ingat dan terapkan hingga kini, “Didikan ibu yang paling saya ingat, dia sangat tekankan kepentingan bersedekah. Itu adalah amalan yang ibu ajar dari kecil lagi.

Sekarang alhamdulillah kita banyak kongsi rezeki bukan dengan keluarga saja, kita kongsi rezeki dengan staf-staf di Sambal Nyet, kita kongsi rezeki dengan followers kita dan orang sekelilinglah. Itu value yang saya tekankan sekarang daripada didikan ibu saya.”

Artikel https://www.nona.my/dari-pentas-glamor-kini-hazlin-hussain-genggam-sarjana-al-quran-akui-dahaga-ilmu-agama-serba-boleh/

Ads

Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil! Saksi Ibu Jual Kuih Tako Lebih 14 Tahun, Khairul Aming Dedah Ibu Tersayang Didik Pentingnya Bersedekah Dari Kecil!

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula aktif menjadi content creator sepenuh masa pada tahun 2020.

Tahun tersebut menjadi detik paling mencabar bagi dirinya kerana bapa tersayang, Allahyarham Kamarulzaman Hussin meninggal dunia dan figura ini nekad meninggalkan kerjaya dalam bidang oil and gas beberapa bulan selepas arwah bapa kembali ke rahmatullah.

“Tapi alhamdulillah sokongan daripada ibu saya sangatlah kuat, dia percaya dengan azam dan juga hasrat saya untuk meneruskan karier dalam dunia content creator ni.

Saya pun sempat dapat restu daripada arwah bapa saya sendiri. Alhamdulillah ia adalah keputusan yang baik dan saya sangat bersyukurlah dikurniakan mak yang sangat supportive dan sangat memahami karier anak dia.”

Khairul Aming merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat. Tahun 2021, dia mula berniaga Sambal Nyet dan berjaya raih pulangan cecah jutaan ringgit sampai sekarang. Seterusnya menghasilkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi dan kini mempunyai dua buah kilang serta merancang untuk membuka sebuah lagi kilang kelak.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI