Cantik dan berseri-seri pengantin baru! Palng kagum, usia 71 tahun pun masih kelihatan jelita dan awet muda. Sesuai dengan gelarannya sebagai penyanyi evergreen, Salamiah tampil anggun dan klasik dalam persalinan songket rona nude dengan solekan sederhana menyerlahkan seri pengantin.
Selepas lebih 35 tahun hidup bersendirian, penyanyi senior terkenal, Salamiah Hassan kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Gerry Hughes.
Ads
Salamiah, 71, dan Hughes, 68, disatukan sebagai suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Burnie, Tasmania, Australia pada 1 September 2022.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Menghitung Hari dan Gelombang itu, dia dan Hughes mula mengenali antara satu sama lain sekitar 15 tahun lalu sebagai kenalan biasa.
Bagaimanapun, takdir mengubah segala-galanya apabila kedua-dua mereka sepakat untuk membawa hubungan persahabatan ke fasa yang lebih serius.
“Semuanya berlaku sangat pantas. Selepas berbincang dari hati ke hati serta mengambil kira pandangan seluruh ahli keluarga, kami memilih disatukan sebagai suami isteri.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya bersyukur Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang budiman selepas sekian lama saya bersendirian,” ungkap Salamiah.
Memandangkan sudah bergelar isteri, Salamiah memberitahu, akan menetap di Australia bersama suaminya.
Bagaimanapun, Malaysia, katanya, akan sentiasa kekal di hati.
“Saya sudah ada tanggungjawab baru di Australia, saya harus berada di sisi suami saya. Namun, Malaysia sentiasa kekal di hati, saya pasti akan berulang-alik antara Malaysia dan Australia,” kata Salamiah yang juga ibu kepada penyanyi terkenal, Atilia itu lagi.
Ads
Salamiah dah Hughes disatukan dalam majlis akan nikah yang dikendalikan oleh seorang jurunikah yang juga berasal dari Malaysia.
Menurut Salamiah, selama hidup bersendirian selepas berpisah dengan suami pertama, beliau tidak pernah terfikir akan kembali menjadi isteri orang.
Sebagai seorang wanita yang berdikari, Salamiah berkata, urusan jodoh dan pertemuan diserahkan kepada Allah termasuk bertemu Hughes yang berasal dari Liverpool tetapi kini menetap di Australia.
Ads
“Alhamdulillah, saya ditemukan dengan seorang lelaki yang baik. Yang penting anak-anak dan ahli keluarga saya menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga dengan keluarga Hughes juga sangat menyenangi saya.
“Saya berdoa kepada Allah agar segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” ujar Salamiah.
Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Raja Ahmad Shah.
Semoga Salamiah dan suami kekal bahagia selamanya.
Kredit Foto: Instagram Atilia Haron & Salamiah Hassan
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahagia tengok pasangan suami isteri, Fila Amir dan suami, Adama menjalani hidup berumahtangga. Bukan orang lain tak bahagia cuma kisah mereka menjadi bualan netizen sejak foto mereka berkahwin tular di media sosial. Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, 25 memilih untuk mengahwini jejaka Afrika, Adama Mohamed Camara, 27 tahun lalu.
Kisah negatif mengenai jejaka Afrika begitu sinonim dengan masyarakat kita. Banyak pandangan sinis serta persepsi negatif dilemparkan kepada mereka kononnya mereka penuh dengan tipu helah. Rezeki Fila bertemu jejaka sebaik Adama tidak boleh dipertikaikan. Video kehidupan harian mereka yang dikongsi di Youtube dapat dinilai sendiri malah ramai juga memberi komen positif terhadap mereka.
Bagi Fila, dia lebih suka membuat ‘observation’ terhadap orang, bukan hanya terus menilai dari luaran.
“Jika kita adalah orang yang menghargai diri dan tahu menguasai minda, kita tidak akan cepat terikut-ikut dengan pandangan orang serta membiarkan mereka mengambil kesempatan terhadap diri kita. Saya akan observeinsteadof menilai orang.
Awal perkenalan dulu, saya perhatikan setiap tingkah laku suami, perbuatan dan percakapannya. Dari situ saya cuba memahami. Apa anggapan orang lain, tak sama dengan apa yang Fila fikir kerana situasi manusia berbeza-beza. Bila saya dah suka, ibu menjadi orang pertama yang tahu mengenai hubungan kami dan hasrat untuk berumahtangga.”katanya.
Menurut Fila, suaminya tidak kekok berada dalam keluarga Melayu memandangkan hampir 7 tahun dia berada di Malaysia. Malah, Fila juga pernah mengunjungi keluarga suaminya di Guinea dan keutamaan mereka mirip masyarakat Malaysia.
“Memandangkan dia sudah berada di Malaysia selama 7 tahun dan berjiran dengan ramai Melayu, dia sudah terbiasa dengan adat di sini. Namun, jika ada yang dia tidak faham atau tidak tahu, saya akan terangkan. Jadi dia akan membiasakan diri.
Apa yang sangat ketara, sama seperti saya di kampung, adat orang kita sangat mementingkan kekeluargaan. Begitu juga masyarakat Guinea. Mereka sangat pentingkan nilai kekeluargaan. Kita perlu menziarah rumah saudara, sama seperti di sini. Pada saya, tak banyak beza kerana majoriti mereka juga adalah Muslim.”
Kedua-dua pasangan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh. Fila sendiri merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan manakala suaminya adalah graduan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan. Tidak hairanlah jika mereka berdua kini sedang ligat mengusahakan kedai perabot milik sendiri.
“Sebelum kami menceburi bidang ini, kami banyak berbincang selok-belok perniagaan dan potensi dalam perniagaan perabot hotel nampak lebih menyerlah. Permintaan juga sangat tinggi sehingga kami terpaksa menangguhkan hasrat untuk membawa bisnes ini ke negara kelahiran suami, Guinea. Bayangkan, tidak sampai tiga bulan kami boleh mendapat pulangan berkali-kali ganda dari modal yang dikeluarkan. Syukur Alhamdulillah!
InsyaAllah kami akan membuka cawangan pada setiap negeri. Sekarang kami membuat penghantaran ke serata negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Seremban dan Johor. Jadi rasanya lebih baik jika mempunyai cawangan sendiri untuk memudahkan urusan. Harapnya lima tahun akan datang, kami boleh fokus untuk menjadi pembekal pula.”ujar Fila.
Kredit foto dan video: Instagram FilaAmir dan Youtube Mr & Mrs Camara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum, wanita bernama Dr Azura Abas ni sememangnya seorang superwoman! Walau sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, tetap mampu memenuhi impian untuk menggenggam ijazah. 21 Mei lepas, isteri kepada selebriti popular Dr Say Shazril ini berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam Masters of Science Medical Physiology dari MSU University. Tahniah!
Berkongsi khabar gembira tersebut, ibu anak dua ini menzahirkan ucapan terima kasih atas kata-kata semangat followers dan insan tersayang yang sentiasa menyokong kerja kerasnya. Dedah Dr Azura, “All this can only happen dengan kerjasama, bantuan dan restu suami, also dengan keredaan mama, abah dan adik-beradik serta ahli keluarga yang lain.
Thank you so much to my love, my pillar of strength Say Shazril. My kids yang bersabar mommy kadang-kadang absent and busy. My mom Tengku Jamilah sebab tolong tengokkan Sef masa kita melayan tikus-tikus dekat lab.
And also my supervisor, AP Dr Santosh. Dia tak ada IG and maybe tak faham apa saya tulis ni. Not to forget all my lecturers yang tak pernah berkira share ilmu.”
Tumpang bangga dengan kejayaan Dr Azura pastinya suami tercinta, Dr Say Shazril yang kagum dengan kecekalan isterinya menimba ilmu lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.
“Setelah setahun setengah berhempas-pulas ambil course ni di kala Covid melanda, pada masa yang sama sarat mengandung sehingga selamat bersalin dan pada masa yang sama bekerja full time as permanent doctor, hari ini beliau berjaya memegang segulung ijazah Masters.
No words could describe how proud I am of your achievements hun. Juggling in between all that and you made it look so effortlessly. You really are one of a kind and you really are my one and only.”
Dr Azura sah bergelar isteri Dr Shazril Shaharuddin pada 30 Mac 2014 selepas lebih lima tahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkenalan ketika menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Dr Azura berkata, “Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore.
Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.
Bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.
Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di Hospital Serdang.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raveena Tandon, antara bintang Bollywood yang cukup popular suatu ketika dahulu. Membuat penampilan dalam filem pertamanya Patthar Ke Phool (1991), Raveena kemudiannya membintangi beberapa buah filem termasuk Laadla (1994), Dilwale (1994), Mohra (1994), Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Ziddi (1997), Bade Miyan Chote Miyan (1998) dan banyak lagi, menjadikan Raveena antara pelakon berbakat besar Bollywood pernah ada.
Selain dari bakat berlakon dan menari, anak kepada pengarah legenda Ravi Tandon ini juga terkenal dengan kejelitaanya. Kini, memasuki umur 48 tahun, Raveena kekal cantik walaupun sudah memiliki keluarga yang besar, menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Walaupun Raveena jarang sekali dilihat menghiasi layar perak mahupun membintangi filem-filem terkini, Raveena kini dilihat terpaksa memperlahankan karier seninya berikutan misi peribadi yang lebih penting buat dirinya. Selain sibuk menguruskan keluarga, Raveena juga sebenarnya sangat aktif dalam bidang filantropi, dengan peranan utamanya memperkasakan wanita dan kanak-kanak.
Raveena menjadi perintis kepada isu ini selepas dia mengambil dua orang anak angkat dan menjadi ibu tunggal pada usia 21 tahun. Atas sebab itu, Raveen baru-baru ini secara eksklusifnya dipilih oleh kementerian untuk menjadi perwakilan di W20 yang berprestij, mewakili para wanita dalam persidangan Pemerkasaan Wanita di G20 India’s Presidency.
Malah Raveena juga telah lama melibatkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat dengan pelbagai organisasi seperti UNICEF, Cry, White Ribbon Alliance, Persatuan Spina Bifida dan Smile Foundation. Malah Raveena sendiri pernah membuka dan menempatkan 30 gadis di rumahnya sendiri dan membina rumah anak yatim di Vasai untuk mereka selepas mereka dibuang oleh tuan rumah mereka.
Semoga usaha keras Raveena memperkasakan wanita akan terus mendapat pengiktirafan dan dihargai sebaiknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...