Saling Tak Tumpah Wajah Ibunya, NYSA DEVGAN Warisi Kecantikan KAJOL!

20 April ini genap 16 tahun usia anak kepada pasangan Kajol dan Ajay Devgan iaitu Nysa Devgan. Semakin Nysa menginjak remaja, semakin terserlah iras wajah Kajol yang dimiliki gadis ini. Meskipun populariti Nysa sebagai anak selebriti India tidak seglamor anak gadis Shah Rukh Khan, Suhana Khan… namun ramai yang terpikat dengan kesederhanaan Nysa.

Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan para peminat kepada kecantikan tersendiri milik ibunya, Kajol. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat seperti ibunya. Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan.

Enggan si anak terlalu didedahkan dengan spotlight dunia glamor… dalam satu gambar yang dimuatnaik Ajay, kelihatan dia dan anak gadis kesayangan hadir menjayakan aktiviti kebajikan yang dianjurkan badan amal Smile Foundation. Walau baru berusia belasan tahun tapi Nysa sudah diajar tentang tanggungjawab dan rasa prihatin kepada golongan memerlukan. Pandai Ajay dan Kajol mendidik anak.

Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu seorang anak perempuan, Nysa Devgan dan seorang anak lelaki bernama Yug Devgan.

Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’.

Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu berbanding tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami keguguran.

 

 

Kredit: Instagram Kajol

 

 

 

Share
Published by
Suzi