Baru-baru ini gadis cantik berketurunan kerabat Diraja Kelantan ini memuat naik 2 gambar Bondanya semasa muda di laman Instagram bersempena ulang tahun kelahiran Bondanya itu yang ke 52 tahun.
Terbukti raut wajah Puteri Annisa Amir atau mesra digelar sebagai Puteri ini saling tak tumpah seperti Bondanya ketika muda. Lebih menarik lagi, Puteri juga berketurunan Melayu-Cina-Uzbekistan. Patutlah cantik!
Puteri sangat rapat dengan Bondanya yang digelar sebagai Mama. Puteri juga bertuah kerana dikurniakan seorang ibu berjiwa luhur dalam menjaga kebajikan insan yang memerlukan.
“Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan paling rapat dengan Bonda. Kami sering memasak bersama-sama. Kalau duduk berdua kami suka berbual mengenai fesyen terkini termasuk tentang masakan.
Apa yang paling saya inspirasikan tentang dirinya ialah Bonda sangat berdikari, gemar melakukan kerja-kerja amal dan sukarela. Selain itu, Bonda juga aktif dalam persatuan di Kota Bharu, Kelantan.”
“Bonda bergelar penari istana sejak usianya 19 tahun. Menurut Bonda, setiap anakanda kerabat Diraja Kelantan akan diasuh untuk membuat persembahan di majlis-majlis keraian istana.
Antara pengalaman Bonda ialah membuat persembahan Taridra Cik Siti Wan Kembang ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang di Kelantan. Selain itu, Bonda juga pernah membuat persembahan di luar negara,” kongsi Puteri yang dilahirkan di HUSM Kubang Kerian. Puteri turut mendedahkan Bondanya mengidam buah delima ketika mengandungkannya.
“Antara air tangan Bonda paling saya gemari ialah Gulai Cik Banding menu tradisi Kelantan. Petua masakan yang sering Bonda kongsi ialah sebelum memulakan apa-apa masakan didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah,” ungkap Puteri.
PETUA YANG DIPERTURUNKAN
“Petua sihat cantik yang diperturunkan oleh Bonda ialah selalu amalkan tidur dan rehat yang cukup. Di samping minum air suam dan lebihkan pengambilan ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk paku dan pegaga.
Bagi saya ulam adalah suplemen semula jadi terbaik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Petua ini juga amalan turun temurun keluarga saya. Bonda turut berpesan sentiasa berfikiran positif dan elak prasangka buruk.
Bercakap tentang impian perkahwinan saya semestinya berkonsepkan Melayu klasik tradisi Kelantan. Ini termasuklah para tetamu yang hadir ‘wajib’ menyarungkan baju tradisional Melayu termasuk kehadiran rakan-rakan berbilang kaum.”
Kredit Foto: Instagram @puteri.annisa.amalin
This website uses cookies.