Unik dan out of the box! Itu yang boleh digambarkan apabila melihat demonstrasi ‘salun dijalanan’ di tengah laluan sesak di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini! Itulah idea kreatif yang ditampilkan oleh ChezKamya Professional yang turut mengetengahkan elemen patriotik sempena meraikan Hari Malaysia dan sambutan ulang tahun pertama salun.
Warga kota berpeluang menyaksikan sendiri ketangkasan pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat di tengah kesibukan kota. Demonstrasi itu turut membawa mesej kecintaan pada negara sempena merayakan Sambutan Hari Malaysia 2023.
“Demonstrasi ini mengetengahkan konsep “selangkah” ataupun “near-to-them”. Sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna dijalanan. Biasanya pelanggan yang datang ke salun.
“Kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak. Ia simbolik kepada meraikan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September, ” kata Chez Hamdan yang ditemui di salun yang terletak di Sentul Point, Kuala Lumpur.
Berpengalaman 17 tahun di dalam industri dandanan rambut, Chez Hamdan antara pengusaha salun bumiputera yang kekal relevan kerana prestasi baik dalam kalangan pelanggan.
“Sempena satu tahun ChezKamya, kami menambah nilai perkhidmatan di salun dengan memperkenalkan pasukan barber untuk menarik lebih ramai pelanggan lelaki serta segmen kecantikan, manicure dan pedicure buat golongan wanita.
“Kami merupakan salon pertama di Malaysia yang menjadi ‘one stop centre’ di mana pelanggan lelaki dan wanita boleh menikmati pelbagai servis kecantikan di sini,” ulasnya ketika ditemui.
Sementara itu, selebriti yang juga usahawan terkenal, Erna Elliyana Rosli selaku rakan kongsi ChezKamya mengakui pencapaian salon ini cukup membanggakan walau baru setahun dilancarkan.
“Saya dan Chez Hamdan telah lama bersahabat baik dan ketika negara sedang dalam pemulihan dari wabak Covid 19, kami memikirkan bagaimana kita saling dapat membantu untuk merancakkan semula perniagaan masing-masing.
“Sebagai seorang usahawan, niat utama saya untuk bersama dengan peniaga-peniaga Islam yang berpotensi besar kerana percaya kebersamaan dapat memacu perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus memperbaiki ekonomi pengusaha-pengusaha Islam.
“Ternyata gabungan Chez dan Kamya saling melengkapi dan pelanggan melihat kami sebagai one stop centre khususnya bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman serta luaran. Sebagaimana tagline sering saya laungkan cantik itu kamu!,” katanya.
Sempena ulang tahun pertama ChezKamya, pelbagai promosi menarik dijalankan antaranya peluang mewarna rambut serendah RM50, promosi khas untuk abang rider hanya RM20 (potong rambut dengan barber) dan termasuk diskaun 50 peratus untuk sesi manicure dan pedicure kepada semua pelanggan yang mendandan rambut di salun ChezKamya.