Bermula santai dan kelakar, telatah Izara Aishah serta Tya Arifin sebagai adik-beradik dalam drama pendek ‘Bagaikan Raya’ memang membuat penonton tak kering gusi. Lebih-lebih lagi berlakon sebagai Orang Utara! Pun begitu, jalan cerita semakin lama semakin menyedihkan. Emosi mula dibuai air mata.

Ads

Gandingan dua menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam drama pendek sempena kempen Aidilfitri Mutyara ini sememangnya tidak dijangka.

Jika selama ini sering melihat Izara Aishah dan Tya Arifin bersama sebagai satu keluarga, kali ini dua pelakon jelita itu ditemukan dalam satu produksi.

Sama Cantik, Kelakar & Berbakat Besar, Dua Menantu Siti Nurhaliza Bintangi Drama Bagaikan Raya
Tya dan Izara

 

Sama Cantik, Kelakar & Berbakat Besar, Dua Menantu Siti Nurhaliza Bintangi Drama Bagaikan Raya
Lakonan hebat Tya dan Izara layak dipuji

 

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin merupakan pengasas Jamu Mutyara bersama suami, Asyraf Khalid serta pernah diiktiraf sebagai penyandang Nona Most Promising Entrepreneur Award di majlis Nona Superwoman Award 2020.

Berusia 27 tahun, Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa. Beliau sebelum ini pernah menempa nama sebagai pelakon dan penyanyi di Indonesia, malah sinetron Preman Pensiun antara yang paling melonjakkan nama Tya di sana.

Sementara itu, Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin pula merupakan seorang artis terkenal berusia 29 tahun. Isteri kepada Adib Khalid dan ibu kepada seorang puteri ini memulakan kerjaya awalnya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

Sama Cantik, Kelakar & Berbakat Besar, Dua Menantu Siti Nurhaliza Bintangi Drama Bagaikan Raya

Ads

 

“Kami dah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama. Bagi saya, Izara seorang pelakon yang hebat dan sangat senang bekerja dengannya.” Tya Arifin

Paling kelakar bila tengok Tya bawa watak Orang Utara, walaupun kedengaran agak kurang fasih tapi mampu dilindungi dari segi lakonannya yang mantap.

Ads

Memetik temu bual Majalah Nona bersama Tya tentang ibu-ibu mertua, rupanya banyak yang dapat dipelajari daripada karakter Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Datin Sri Zawyah, umpamanya cara menjadi seorang ibu serta isteri yang baik.

“Saya ada tiga orang ibu (termasuk ibu sendiri) yang menjadi role model saya. Daripada mereka, saya belajar tentang erti kesabaran, kelembutan dan keikhlasan tanpa rasa iri hati.

Sifat Mama (YM Tengku Datin Sri Zawyah) contohnya, beliau selalu ada untuk anak-anak dan tak pernah bercakap ‘tidak’ demi kejayaan kami semua, tahu apa kesukaan setiap anak dan always over-deliver untuk gembirakan orang tersayang.

Manakala Mak Iti pula, saya belajar erti sabar, never give up dan sentiasa membalas perkara buruk dengan kebaikan. Itulah pelajaran berharga yang saya dapat daripada ibu-ibu saya.”

Drama pendek ‘Bagaikan Raya’ ini diinspirasikan daripada kisah duka pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan orang tersayang. Ia boleh ditonton menerusi saluran YouTube.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI