Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal dan sensasi Joy Revfa bukan? Sejak kebelakangan ini sudah jarang sekali kisah tentang ibu kepada seorang cahaya mata ini diperkatakan di dada-dada akhbar mahupun di media sosial.

Sehinggalah baru-baru ini, Joy berkongsikan gambar di mana dia meraikan kedatangan Aidilfitri dengan sebuah keluarga dipercayai keluarga teman lelakinya.

Ads

Menurut sumber Mstar, Joy Revfa meraikan hari raya bersama seorang jejaka berbangsa Cina pada 1 Syawal lalu dan lelaki tersebut merupakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Adrian.

Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf

Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf

Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf

Joy turut menjelaskan yang lelaki tersebut, Adrian atau nama Islamnya, Muhammad Adrian Yeah adalah bakal suaminya yang dikenali sejak awal Februari lalu.

“Kami kenal awal Februari lalu tapi setuju untuk membawa hubungan ke arah lebih serius pada 18 Februari 2023. Sejak itu, kami memang tidak main-main dan serius merancang masa depan bersama. Insya Allah kami akan mengikat tali pertunangan pada Mei ini,” katanya.

Menurut sumber, mereka bukan sahaja sedang mengenali hati budi tetapi Joy teruja dan bertanggungjawab membimbing Adrian mendalami ilmu agama Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf

Dedahnya, Dr Adrian yang juga seorang doktor perubatan sudah pun melafazkan syahadah dan bergelar mualaf pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.

“Alhamdulillah Adrian telah memeluk agama Islam pada 24 Mac lalu dan sekarang saya sedang membimbingnya untuk belajar lebih mendalam tentang Islam. Selepas dia lafaz syahadah, baru saya betul-betul yakin nak merancang perkahwinan,” katanya.

Ads

Menjengah ruangan hantaran tersebut, rata-rata ramai pengikut dan peminat Joy terkejut dan teruja dengan khabar terbaru Joy sehinggakan ada yang bertanyakan status Joy selain mendoakan agar mereka berdua akan bersatu di atas pelamin dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Semoga yang baik-baik saja buat Joy dan bakal suaminya.

Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf Sama Cantik Sama Padan! JOY REVFA Rai 1 Syawal Bersama Bakal Suami, Rupanya Seorang Doktor & Mualaf

Kredit foto: Instagram @joyrevfa

Ads

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI