Pasangan bahagia dan sama cantik serta sama padan, Ayu Raudhah dan Mohamad Zaquan Adha Radzak baharu sahaja sambut anniversary ke-11 perkahwinan mereka.
Umum mengetahui Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan telah berkahwin dengan bintang bola sepak di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari 2011.
Kini pasangan ini sedang diulit bahagia di samping lima orang cahaya mata yang sedang membesar iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 7 tahun, Laura Zuleykha, 4 tahun, Muhammad Aisy Al-Khaliq, 2 tahun dan Muhammad Aisy Al Jibreel yang lahir pada bulan Mei tahun lalu.
Selebriti terkenal dan juga kakak kesayangan Ayu Raudhah, Rozita Che Wan telah menitipkan ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan ke-11 pasangan terkenal ini.
Namun, ucapan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta seakan-akan telah beri ‘hint‘ yang adik kesayangannya itu sedang hamil anak keenam.
Ucapan Che Ta sempena Ayu Raudhah sambut anniversary ke-11, “Happy 11th Anniversary to my beloved sisthur and brother in law, Ayu Raudhah (@ayuraudhah_7) dan Zaquan (@zaqone_08).
Dari kaca mata seorang kakak; kebahagiaan rumah tangga uolsss yang paling sempurna.
Suami muda, herlok, kaya, bertanggung jawab, kuat agama dan penyayang, isteri cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemaih, menjait, suboqq (11 tahun kawen, anak nak masuk 6) penyayang, memahami dan paling setia.
Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah, amin,” tulis Che Ta di laman Instagram milik peribadinya.
Tahniah! Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Jika benar berita ini nampaknya Ayu Raudhah bakal mengikut jejak langkah kakaknya, Datin Jaja Che Wan yang mempunyai 6 orang anak. Semoga perjalanan kandungan anak yang keenam ini dipermudahkan.
Mungkin kali ini Ayu Raudhah mempunyai rezeki untuk menambah anak perempuan pula. Sebagaimana yang diketahui pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha mempunyai seorang puteri tunggal iaitu Laura Zuleykha yang kini berusia empat tahun.
Walaupun begitu, baik Ayu Raudhah mahupun Zaquan Adha belum berkongsi berita gembira ini di laman media sosial masing-masing.
This website uses cookies.